Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Perhimpunan Agung UMNO Masuk...

KUALA LUMPUR - Selepas dua hari bersidang, Perhimpunan Agung UMNO 2016 memasuki hari...

MITI Akan Bincang FTA...

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Darell Leiking akan berbincang untuk...

Kes Positif COVID-19 Global...

JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 153.04 juta kes.Ia berikutan...

Ucapan ‘Sweet’ Raja Muda...

RAJA Muda Selangor, Tengku Amir Shah merafak ucapan tahniah kepada ayahandanya, Sultan Sharafuddin Idris...

Gambar Gadis Lempar Kucing Jadi Viral… Ini Cerita Saksi!

KETIKA satu Malaysia sibuk bercakap tentang kecomelan penjual dan keenakan Nasi Lemak Anak Dara, timbul pula kisah viral yang lain berlaku di belakang tapak gerai itu.

Ini berikutan, sekeping gambar seorang wanita kelihatan seperti melempar seekor kucing hitam ke dalam longkang sambil disaksikan beberapa pelanggan yang beratur, tersebar menjadi viral di media sosial sejak malam.

Gambar tersebut sekali gus mengundang reaksi dan kecaman ramai khususnya pencinta kucing.

Tidak kurang juga ada yang menunding jari kepada Siti Hajjar Ahmad iaitu penjual nasi lemak di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor tersebut kerana membiarkan insiden tidak berhati perut seumpama itu berlaku.

Namun, sangkaan buruk orang ramai terhadap wanita yang didakwa melempar kucing berkenaan ternyata salah semata-mata.

Ini kerana, menurut seorang netizen yang juga saksi kejadian, wanita itu sebenarnya cuba menolong kucing tersebut.

“Kucing itu milik makcik berpakaian hitam itu. Dia bukan saja-saja lempar kucing itu, dia nak suruh kucing itu pergi ke sebelah sebab kucing itu nak datang ke tempat orang yang tengah bungkus nasi lemak itu.


“Apalah, suka hati saja nak tuduh sebarang. Bukan dia nak menganiaya kucing itu pun. Saya yang ada di situ tadi, tengah beratur nak beli nasi lemak pagi tadi,” kata Nurul Hanani.

Oleh itu, janganlah kita cepat menjatuhkan hukum hanya berdasalkan melihat gambar sahaja.

Tak pasal-pasal, membuat dosa kering dengan menjatuhkan fitnah kepada wanita berkenaan. Tak gitu? – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori