Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tangki Air Sekolah Jatuh,...

KUANTAN - Tiga kenderaan rosak apabila sebuah tangki air Sekolah Menengah Agama Chenor,...

Juara Dunia Moto3 Joan...

SEPANG - Juara baharu dunia Moto3, Joan Mir dijangka menguasai perlumbaan Moto3 Grand...

NGO Masyarakat Kata Aktiviti...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (Unggas Malaysia) mendedahkan aktiviti judi...

Keropok Kering Tokek Haram...

PUTRAJAYA – Keropok kering tokek adalah inovasi makanan terbaharu yang kini tular di...

Ganjaran Menanti Pemain, Penyokong Lang Merah

ALOR SETAR – Ganjaran menarik bakal menanti pemain dan penyokong skuad Lang Merah jika Piala Malaysia berjaya dibawa pulang ke negeri Jelapang Padi itu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah, bagaimanapun berkata pengumuman mengenai ganjaran itu hanya diumumkan KFA pada Sabtu ini, sehari sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia 2016.

“Kita akan umumkan ganjaran kepada pemain dan penyokong Kedah, namun dalam bentuk apa akan dimaklumkan kemudian. Tidak kira menang atau kalah, ganjaran tetap ada.

“Pengumuman ini tidak dibuat awal kerana mungkin ada penambahan perlu dibincang bersama pihak pengurusan KFA nanti,” katanya yang juga Menteri Besar Kedah kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.


Kedah akan berdepan Selangor pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 di Stadium Shah Alam, Ahad ini.

Selangor yang merupakan juara bertahan, mara ke final setelah menang agregat 5-1 ke atas T-Team, manakala Kedah menang agregat 2-1 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada aksi separuh akhir. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori