Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kes Buli Terbaru ...

Baru selesai satu kes buli membabitkan seorang wanita dan si pembuli, Khoo Koo...

Isu Selesai, Sekolah Halau...

KES pelajar perempuan bukan Islam yang disuruh balik ke rumah hanya kerana memakai...

Respon Kepada Bajet Alternatif...

1. SEKALI lagi pihak Pembangkang sibuk menabur retorik politik bagi melindungi kegagalan mereka...

Suami Dedah Kisah Di...

BIASANYA di sebalik kejayaan seorang lelaki pasti ada seorang wanita yang sentiasa menyokongnya....

Gara-Gara Mabuk, Lelaki Maut Bergaduh Dengan Keluarga

IPOH – Gara-gara mabuk, seorang lelaki maut selepas bergaduh dengan anggota keluarganya pada malam perayaan Deepavali di rumahnya di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam tadi, K. Gopal, 42, yang bekerja sebagai kelindan lori, mabuk dan telah menampar anggota keluarganya itu yang sedang makan sehingga menyebabkan pinggan kaca yang digunakan pecah.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Ahmad Termizi Abdul Haq berkata berang dengan tindakan mangsa, suspek bertindak membaling pinggan kaca berkenaan ke arah mangsa.

“Pinggan tersebut terkena leher mangsa dan berlaku pendarahan yang banyak. Anggota keluarga lain yang ada dalam rumah kemudian menghubungi ambulans.

“Setibanya di rumah itu, pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Termizi, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, untuk bedah siasat manakala suspek akan direman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori