Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tilawah Al-Quran, Azan Tawar...

RIYADH - Kerajaan Arab Saudi bakal menganjurkan pertandingan tilawah al-Quran dan laungan azan...

Tarikh Baharu AirAsia Pindah...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menetapkan tarikh baharu dalam masa terdekat bagi syarikat...

Lelaki 35 Tahun Maut...

SEORANG lelaki berusia 35 tahun maut dibelit sekor ular sawa sepanjang 2.4 meter...

Buat Aduan Jika Peniaga...

KUANTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang menggesa orang...

‘Guna’ Wang Anak Mangsa Nahas DUKE, Ini Jawab Mufti

SUSULAN kecoh kisah seorang kakak dakwa adiknya ‘pecah amanah’ duit derma masyarakat terhadap dua anak mangsa nahas lebuh raya DUKE, Mufti Wilayah Persekutuan tampil membuat pencerahan.

Ia ekoran Yusnidah Hussain menyatakan Faizznur telah mendapat penjelasan daripada Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai hukum penggunaan wang berkenaan yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi dirinya sendiri.

Menerusi laman Facebooknya, mufti berkenaan memuat naik status bagi menjelaskan perkara sebenar tentang keharusan menggunakan wang sumbangan untuk keperluan (maslahan) anak-anak yatim tersebut.

Ia sekali gus menjawab pertuduhan Yusnida tentang Faizznur yang mendakwa telah mendapatkan penjelasan daripada beliau mengenai status hukum wang sumbangan yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi adiknya itu.

Menerusi status Facebook itu, Dr. Zulkifli menegaskan bahawa bapa saudara atau ibu saudara kepada anak mangsa hanyalah sebagai pemegang amanah atau Mutawalli sahaja.

 

 

Wang yang diterima daripada sumbangan atau sedekah kepada anak mangsa tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh mereka untuk kegunaan peribadi.

Malah wang berkenaan hendaklah diurus dengan penuh kejujuran dan rasa tanggungjwab oleh pihak yang bertanggungjawab menguruskannya.

“Wang sumbangan atau sedekah kepada anak yatim perlu diuruskan dengan penuh kejujuran dan tanggungjawab.

“Itulah yang kami maksudkan. Bukannya wang itu sepenuhnya menjadi hak milik pemegang amanah dan boleh digunakan untuk manfaat peribadi dengan sewenang-wenangnya,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Zulkifli berkata demikian bagi mengulas tindakan adik Allahyarham Fairuz Nizam Husain, 35, yang maut dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di KM6.2 Lebuhraya DUKE pada Mei tahun lalu.

Tambahnya, penjelasan terperinci akan dimaklumkan menerusi Bayan Linnas, yang disiarkan laman web rasmi pejabat mufti berkenaan pada masa terdekat.


“Buat masa sekarang, lebih baik kita semua menunggu keputusan daripada pihak berwajib,” kata Dr. Zulkifli.

Semalam, Yusnidah pada sidang media mendedahkan, anak-anak mangsa nahas DUKE hanya mendapat RM12,000 berbanding sumbangan orang ramai yang terkumpul kira-kira berjumlah RM300,000.

Jelas wanita itu, adik bongsunya Faizzur memberikan alasan wang sumbangan tersebut konon merupakan hak miliknya memandangkan ia dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya.

“Alasan dia (Faizznur), merujuk kepada Mufti Wilayah katanya, duit yang diberi orang ramai adalah harta dan hak mereka sebab ada dalam akaun atas nama mereka sendiri, bukan untuk budak-budak ini.”

Sementara itu, media tempatan cuba untuk mendapatkan keterangan daripada Faizznur tentang kesahihan tuduhan menyalahgunakan wang sumbangan tersebut.

Bagaimanapun, Faizznur telahpun memberikan kenyataan menerusi kiriman dalam akaun Facebook miliknya.

Dalam postingnya, dia mengatakan bahawa dia akan bawa tuduhan fitnah ini ke muka pengadilan kerana mahkamah merupakan platform yang akan memberi keadilan bagi menganalisis setiap permasalahan berdasarkan bukti-bukti yang sahih

Dia bagaimanapun enggan mengeluarkan sebarang kenyataan kerana dinasihatkan peguam untuk menghormati prosiding mahkamah yang sedang berjalan.

“Di dalam keadaan genting sekarang saya bersyukur kerana ada yang membuat tohmahan serta cacian kepada saya dan keluarga tanpa memberikan saya ruang untuk membela diri.

“Saya mohon rakyat Malaysia untuk memberikan ruang saya dan keluarga yang difitnah ini untuk membela diri di muka pengadilan,” kata Faizznur. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori