PATTANI – Seorang guru wanita maut manakala seorang lagi cedera parah ditembak penyerang tidak dikenali dalam kejadian di pekan Mayo, Pattani pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Pattani Kol Piyawat berkata, dalam kejadian pukul 10.40 pagi waktu tempatan (11.40 pagi waktu Malaysia), kedua-dua guru wanita itu ditembak oleh dua lelaki menaiki motosikal.
“Mangsa ditembak ketika berada dalam kereta,” katanya hari ini sambil menambah mangsa yang maut dalam kejadian itu dikenali sebagai Sunisa Boonyen, 49.
Menurutnya, mangsa yang mengalami cedera parah, Chadaporn Srileng, 52, pula telah dikejarkan ke Hospital Wilayah Pattani untuk mendapatkan rawatan.
Piyawat berkata, usaha memburu kedua-dua lelaki yang wajahnya berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sedang dipergiatkan manakala motif serangan sedang disiasat. – BERNAMA