Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Najib Akan Mohon Peguam...

PUTRAJAYA : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memohon Peguam...

Guru Besar, 3 Beradik...

MACHANG - Lima termasuk tiga beradik dan seorang guru besar didakwa di Mahkamah...

Angkasa Sasar Tubuh Pusat...

PETALING JAYA - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) akan menubuhkan sekurang-kurangnya sebuah...

Elemen Antirasuah Dalam Mata...

KUALA LUMPUR - Elemen antirasuah melalui mata pelajaran Bahasa Malaysia bagi murid Tahun...

Hadi Kurang Sihat Dek Letih, Had Masa Hadiri Program

KEMAMAN – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan tidak sihat dan terpaksa mengehadkan masanya menghadiri program yang telah dijadualkan.

Semalam, beliau yang biasanya menyampaikan kuliah mingguannya setiap pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang hanya memberi ceramah kira-kira satu jam berbanding kebiasaannya selama dua jam.

Setiausaha Sulit kepada Ahli Parlimen Marang itu, Zaihan Mohd. Daud berkata walaupun berdepan masalah kesihatan, Abdul Hadi tetap meluangkan masanya untuk menghadiri program.

“Tuan guru tidak sihat kerana keletihan akibat program yang terlalu padat, Walaupun tidak sihat, beliau tetap menghadiri beberapa program.

“Esok (Sabtu) pun beliau akan ke Sabah bagi menghadiri program di sana, ” katanya kepada pemberita selepas Program Himpunan Harapan Semua (Harap 3.4) di sini malam tadi.


Abdul Hadi yang menghadiri majlis tersebut kira-kira satu jam sempat menyampaikan ceramahnya hampir setengah jam sebelum bergegas pulang untuk berehat.

Beliau yang kelihatan letih menyampaikan ceramahnya dalam keadaan duduk dan perlu dipimpin sewaktu menuruni tangga ketika hendak pulang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori