Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Jet Pejuang F-16 Maghribi...

RABAT - Sebuah jet pejuang F-16 milik tentera udara Maghribi yang menyertai serangan...

Ibu Puteri Balqis Jawab...

Dalam muat naik entri di laman sosial Facebook peribadinya semalam, pengarah drama yang...

Lebih 400,000 Penjawat Awam...

KUALA LUMPUR - Lebih 400,000 penjawat awam yang merangkumi 25 hingga 30% daripada...

Tipu Mati Elak Beri...

WASHINGTON - Kerana tidak tahan isteri terlalu kerap meminta wang, seorang lelaki Honduras...

Hadiah Nobel Kesusasteraan: Bob Dylan Gemparkan Dunia!

BOB Dylan Mat Hippies Raja Folk Amerika Syarikat (AS) terpilih memenangi Hadiah Nobel Kesusasteraan 2016. Dylan menggemparkan dunia. Malah, peminatnya di seluruh dunia pasti menitiskan airmata.

Dylan, dianggap seniman jalanan paling umphhh dalam era muzik folk moden. Imej dan kecintaan Dylan pada kisah manusia dan kehidupan menjadi aspirasi pada seniman rakyat sezaman dengannya.

Anugerah Nobel dengan sejarah dan reputasinya sejak 1901, bukan untuk orang seperti Dylan. Ia milik penyair seperti Rabindranath Tagore dan Joseph Brodsky.

Anugerah totok kepada sasterawan penyair dalam dunia sastera tulen.

Namun, sejarah akan berubah apabila tokohnya hadir dan menjadi agen perubahan. Justeru, Dylan merubah keangkuhan karya sastera totok yang selama lebih seabad ini sangat prominan dalam kategori ini.

Hadiah Nobel Kesusasteraan: Bob Dylan Gemparkan Dunia!

Hadiah Nobel Kesusasteraan: Bob Dylan Gemparkan Dunia!

Siapa Dylan? Anda boleh google. Tetapi apakah pengaruh Dylan? Itu yang seronok dikongsikan. Di peringkat Nusantara, Dylan dikenali malah mempengaruhi seniman tersohor serantau seperti M. Nasir, Ramli Sarip, Ebiet G. Ade, Iwan Fals dan Loloq.

Dylan menerima Hadiah Nobel kerana lirik-lirik lagunya yang mendokong falsafah rakyat terutama memperjuangankan isu perkauman, minda kapitalis dan prejudis kelas hidup.

Tema kemanusiaan menjadi pemangkin kepada 100 juta salinan albumnya yang dijual sejak 1965. Justeru, kejayaan Dylan mengingatkan kita kepada Allahyarham Loloq atau Rosli Khamis (1958-2008).

Persoalannya: Kalau Loloq anak jati Malaysia dan masih hidup, dengan sumbangan 500 liriknya, apakah dia akan diberikan Anugerah Sasterawan Negara?

Apakah untuk era semoden ini, sastera tempatan menerima lirik sebagai karya sastera? Soalnya mudah: Bergantung kepada keberanian sebuah bangsa untuk mengubah sikapnya!

Dylan penyanyi dan komposer. Itu signifikannya. Tetapi ingat, suara Dylan menjadi besar kerana perjuangan liriknya merentas batas bangsa. Malah, menggegarkan AS dengan tindakannya politiknya.

Antaranya membela nasib masyarakat kulit hitam pada era Martin Luther King. Manakala Loloq pendatang Singapura, budak hippies yang kelakar. Tetapi liriknya sangat radikal dalam isu perjuangan Melayu.


Apakah Loloq akan diadili kerana suara liriknya atau dipertikaikan kerana genre lirik yang sebati dengan dirinya dianggap bukan totok sastera?

Kemenangan Dylan akan merubah sikap totok sastera. Paling tidak, Hadiah Nobel akan menjadi rujukan: Lirik yang hebat dan mampu mencapai agenda sastera adalah karya sastera.

Cuma agenda sastera itu pula: Apakah ia mahu kekal totok dengan novel, cerpen dan puisi sahaja dalam dunia sempitnya?

Sejak tahun 1990, Loloq menjadi penulis lirik eksklusif di syarikat rakaman Luncai Emas milik M. Nasir dan telah menghasilkan sehingga 500 buah lirik lagu.

Antara lirik lagu beliau yang pernah popular ialah Di Ambang Wati (Wings), Nur Nilam Sari (Awie & Search), Laila Namamu Teratas (Search), Gemuruh (Search & Wings), Mantera Semerah Padi (M. Nasir), Kita Peng – Yu (XPDC) Ratu Sanubari (Saleem) Aladdin ‘Gosok’ (Spider) dan banyak lagi.

Beliau pernah mendapat Anugerah Khas dalam Anugerah Planet Muzik 2007 di tanah kelahirannya atas sumbangan beliau yang berjasa dalam industri seni.

Loloq tidak mungkin menang Anugerah Sasterawan Negara. Banyak faktor tidak akan menyebelahinya sekali pun kalau dia masih hidup.

Cuma kemenangan Dylan akan pasti menggembirakan anak muda berjiwa revolusi ini. Penghormatan terhadap Dylan pasti diraikan Loloq dan penulis lirik tersohor di seluruh dunia.

Hadiah Nobel Kesusasteraan: Bob Dylan Gemparkan Dunia!

Lupakan Malaysia. Kita lihat impak kemenangan Dylan dalam dunia sastera Indonesia. Sudah pasti menarik, kerana di sana ada Iwan Fals dan Ebiet G. Ade; komposer, penyanyi dan penulis lirik yang terkenal dengan suara marhaen dan kemanusiaannya! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori