Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

UMNO Johor Zahir Keyakinan...

KULAIJAYA - Umno Johor hari ini melahirkan keyakinan penuh terhadap kepimpinan Perdana Menteri,...

Kami Kekal Bersama Bukan...

UMUM mengetahui pasangan selebriti popular ini pernah berhadapan dengan masalah rumah tangga apabila...

Kasma Intai Peluang Raih...

PELUMBA muda negara, Kasma Daniel Kasmayuddin mengintai peluang untuk menaiki podium apabila bakal...

RUU Majlis Media Akan...

Kerajaan komited untuk membentangkan rang undang-undang untuk memastikan pembentukan Majlis Media Malaysia menjelang...

Hampir 70 Peratus Kepimpinan MPN PKR Sabah Keluar Parti

KOTA KINABALU – Hampir 70 peratus daripada 34 anggota kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah termasuk pengerusinya Datuk Seri Lajim Ukin hari ini meletakkan jawatan dan mengumumkan keluar parti.

Lajim, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias, itu mengumumkan keputusan berkenaan di hadapan kira-kira 500 penyokong di sini.

Turut bersama mengisytiharkan keluar parti ialah ADUN Moyog, Terence Siambun, Setiausaha Agung PKR Sabah, Datuk Maijol Mahap dan Ketua Wanita PKR
Sabah, Johair Matlani termasuk beberapa cabang serta ketua wanita PKR di Sabah.

Ketika berucap pada perhimpunan pengisytiharan hala tuju perjuangan melalui parti tempatan, Lajim berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira harapan rakyat Sabah yang mahukan parti tempatan membela nasib dan menjaga kepentingan mereka.

Pada majlis itu, ADUN Likas, yang juga Setiausaha DAP Sabah, Junz Wong turut mengumumkan keluar parti bersama-sama Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Joan Goh dan Naib Pengerusi DAP Sabah, George Hiew.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Lajim berkata beliau akan menubuhkan parti baharu tempatan dan kini sedang dalam proses pendaftaran serta menunggu kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS).


“Kami mengharapkan dalam tempoh terdekat ini RoS akan memberikan kelulusan.

Saya akan umumkan nama parti selepas mendapat kelulusan,” katanya, dan menambah parti baharu tempatan itu adalah parti berbilang kaum.

Lajim juga berkata parti baharunya itu akan bekerjasama dengan parti pembangkang tempatan di Sabah termasuk parti baharu yang ditubuhkan bekas naib presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori