Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

‘Bullet Train’ Jepun, Shinkansen...

TANGGAL 1 Oktober 1964, kira-kira jam 10 malam, kurang seminggu setengah sebelum bermulanya...

5 Alternatif Untuk Mekap...

Wanita memang semulajadi hebat kerana mampu mempelbagaikan pilihannya meskipun mempunyai sumber yang terhad.Sebagai...

Isa, Isteri Dipanggil Beri...

PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Isa...

Ibu Tunggal Tinggal Bawah...

TELUK INTAN - Kisah seorang ibu tunggal yang tinggal bawah rumah sejak hampir...

Hapuskan Lanun, Pengkhianat Dalam FAM

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menjadi suara pertama menyokong Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden FAM.

Ia suatu yang agak sinikal ketika nakhoda FAM sedia ada Tengku Abdullah Sultan Ahmad sudah mengumumkan untuk berundur.

Apa yang sinikal?

Nampaknya semua orang mula nak cari makan. Nakhoda lama dah nak berundur, jadi anak kapal mulalah kemaruk melobi nakhoda baharu untuk kekal survival.

Ini senario meluatnya dalam FAM. Budaya mengampu dan cari makan sudah berdarah daging dalam FAM.

Budaya pengurusan ampu dan sentiasa lahap untuk mentedarah punca sikap yang selama ini melingkupkan bolasepak negara.

Walaupun nama pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandez dan nama CEO Pemandu, Datuk Seri Idris Jala juga disebut, nampaknya ada isyarat kuat dari pemimpin persatuan gabungan FAM.

Mereka lebih cenderung untuk menyokong TMJ menjadi Presiden.

Alasan mereka, hanya TMJ sahaja faham bola sepak tempatan.

Puiii! Celaka sungguh punya alasan!

Haram sungguh kepura-puraan ini.

Dulu, masa TMJ bertanding, kau orang tak sokong. Nak sangat Tengku Abdullah. Sudah dapat jawatan, Tengku Abdullah nak berundur, kau orang pula halang.


Apa kejadahnya kau orang ni?

Kepada TMJ, jangan masuk dan pegang kerusi Nombor 1 FAM kalau masih terpaksa bekerja dengan jentera lama. Jentera lama adalah masalah utama FAM.

Muka-muka lama yang berkurap dan bermasalah mesti disingkirkan!

Kalau masuk dengan kudis dan nanah masih membelenggu FAM, TMJ juga akan mereput bersama penyakit kusta dalam FAM!

Walaupun kedudukan FAM sebagai persatuan di mana proses pemilihan semua jawatan utama dipertandingkan dan dipilih oleh ahli gabungan, tetapi jangan jadikan perlembagaan FAM sebagai alasan.

Nak majukan FAM, perlu ada reformasi pentadbiran. Malah, reformasi perlembagaan kalau perlu. Perlembagaan lama jelas dan nyata kelemahannya.

Kalau pengurusan sedia ada berkonspirasi demi menjaga tekak dan perut, Presiden yang bakal dilantik akan berada di bawah kuku besi konspirasi ini!

Yang pertama: Hapuskan dahulu pengkhianat dan lanun dan FAM!

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori