Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Kes HFMD Di Negeri...

SEREMBAN - Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Negeri Sembilan meningkat...

UMNO-PAS Lakar Sejarah Kembali...

UMNO dan PAS pernah bersama dalam Barisan Nasional (BN) susulan tragedi berdarah 13...

Pesawat MASwings Tergelincir Dari...

MIRI - Sebuah pesawat jenis Twin-Otter milik Maswings tergelincir dari landasan semasa mendarat...

Kontraktor Tempatan Akan Diberi...

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor akan mewujudkan lebih banyak peluang kepada syarikat...

Hasil Sawit Dijangka Normal Pada 2018, Kata Pakar Industri

KUALA LUMPUR – Industri kelapa sawit perlu menunggu sehingga 2018 untuk melihat hasil kembali normal selepas terjejas teruk akibat kemarau berpanjangan disebabkan fenomena El Nino.

Penganalisis utama industri, Thomas Mielke berkata tahun ini, hasil kelapa sawit di Malaysia dijangka susut 10 peratus kepada 17.8 juta tan metrik dan empat peratus di Indonesia kepada 32.2 juta tan metrik.

“Hasil kelapa sawit dijangka pulih di Malaysia dan Indonesia pada tahun depan, tetapi tidak banyak. Kemungkinan besar, kita akan menyaksikan hasil kembali normal pada 2018,” katanya pada Seminar dan Pameran Perdagangan Minyak Sawit Malaysia di sini hari ini.

Mielke yang juga Pengarah Eksekutif ISTA Mielke GmbH berkata minyak sawit kini di bawah nilai dan meramalkan harga mungkin naik tidak lama lagi dan buat sementara waktu mencecah RM2,900 dan RM3,000 setan metrik.


Beliau berkata kenaikan harga berkenaan disebabkan stok sawit yang rendah serta bekalan eksport dan pemulihan pengeluaran yang lebih perlahan daripada jangkaan.

Semalam, harga minyak sawit mentah bulan semerta meningkat RM20 semasa ditutup kepada RM2,670 setan metrik, manakala penanda aras Disember 2016 naik RM42 kepada RM2,653 setan metrik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori