Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PPBM Di Sarawak Atas...

BINTULU - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata kehadiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)...

‘Bapa Pembangunan Bola Sepak...

ALOR SETAR - 'Bapa pembangunan bola sepak Kedah' Kassim Saad, 78, meninggal dunia...

RM42.1 Juta Disalur Baiki...

Iskandar Puteri : Kerajaan Johor menyalurkan RM42.1 juta bagi membaik pulih serta menyelenggara...

Pramugari Cantik Saudi Airlines...

RIYADH - Jika disebut nama Radiah Binti Sarip, mungkin ramai kalangan kita yang tidak...

Hasrat Bapa Hidap Kanser Tahap Akhir Tertunai

KUALA LUMPUR – Satu status Facebook viral pada Sabtu lalu menunjukkan salah seorang  ahli keluarga Mohd Raitul Afthal Zainal Abidin, 27, meminta bantuan orang ramai mengesan anak dan bekas isterinya.

Selepas beberapa ketika status tersebut dimuat naik, ia mula mendapat perhatian netizen dan dikongsi melebihi 37 ribu kali sehingga berjaya menemukan Raitul dengan anak dan bekas isterinya.

Hasrat Bapa Hidap Kanser Tahap Akhir Tertunai

Hasrat Raitul yang juga merupakan seorang pesakit kanser tahap empat yang sedang bertarung nyawa untuk bertemu dua orang anaknya termakbul, lewat petang semalam.

Bekas isterinya, Aida Kosma Ahmad tiba bersama dua anaknya, Muhammad Raykal Hakimi, 6, dan Aina Rayshah, 3, di Kuarters Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Hasrat Bapa Hidap Kanser Tahap Akhir Tertunai

Difahamkan, anaknya lelakinya, Raykal juga merupakan pesakit yang menghidap kanser hati.

Isteri Raitul, Siti Norsyahirah Abdullah, 23, memberitahu bahawa dia bersyukur impian suaminya yang dalam keadaan kritikal tertunai.


“Dia memang sudah lama ingin bertemu dengan anak sulungnya sebelum dia sakit lagi.

Hasrat Bapa Hidap Kanser Tahap Akhir Tertunai

Hasrat Bapa Hidap Kanser Tahap Akhir Tertunai

“Semoga dengan pertemuan ini dia bersemangat untuk melawan penyakitnya sambil menantikan anak bongsunya yang masih dalam kandungan,” katanya kepada Harian Metro.

Ketika berjumpa dengan anaknya, Raitul kelihatan gembira dan segera megusap kepala anaknya walaupun lemah akibat daripada kesan pengambilan ubat. – MYNEWSHUB.CC

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori