Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Penumpang Terselamat Dakwa Bas...

BATU PAHAT - Seorang penumpang yang terselamat dalam nahas bas di Thailand mendakwa...

Kedah Pertimbang Gabung Anak...

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah tidak menolak kemungkinan menggabungkan mana-mana anak syarikat milik...

Polis Tahan Lelaki Disyaki...

ALOR SETAR - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki sedang memasak daun ketum...

Rise Nyanyian Katy Perry...

SETELAH hampir dua tahun tidak mengeluarkan lagu baharu, penyanyi Katy Perry kini tampil...

Hasrat Jumpa Anak Tertunai, Bapa Kembali Ke Rahmatullah

MASIH ingat lagi kisah viral seorang bapa penghidap kanser tahap empat yang meluahkan hasrat mahu bertemu dengan anaknya, setelah empat tahun tidak berjumpa?

Setelah permintaanya tertunai pada 16 Oktober lalu, Mohd. Raitul Afthal Zainal Abidin, 27, disahkan kembali kepada rahmatullah, kira-kira pukul 12.20 tengah malam tadi.

Hasrat Jumpa Anak Tertunai, Bapa Kembali Ke Rahmatullah

Hasrat Jumpa Anak Tertunai, Bapa Kembali Ke Rahmatullah

Allahyarham yang menghidap kanser usus dilaporkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.

Jenazah Raitul akan dibawa ke Kampung Pinang, Kemunting, Taiping, Perak seterusnya, dikebumikan selepas solat Zohor, hari ini.

Kisah Raitul menjadi viral selepas salah seorang ahli keluarganya memuat naik status di Facebook meminta bantuan orang ramai mengesan anak dan bekas isterinya.


Hasrat Jumpa Anak Tertunai, Bapa Kembali Ke Rahmatullah

Difahamkan, anaknya lelakinya, Raykal, 6, juga merupakan pesakit yang menghidap kanser hati.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Siti Norsyahirah Abdullah, 23, yang sedang hamil anak pertama mereka yang dijangka bersalin seminggu lagi. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori