Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lebih 140,000 Lagi Unit...

KUALA LUMPUR - Honda Malaysia hari ini berkata 143,970 unit modelnya - City...

Mahathir Punca Melayu Berpecah...

ARAU - Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu berhenti tuduh PAS punca Melayu berpecah,...

Ibu Shafie Apdal Meninggal...

SEMPORNA - Ibu kepada Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal,...

Juwairiya Ketua Cabang PKR...

KUALA SELANGOR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Malawati, Juwairiya Zulkifli memenangi...

Hishammuddin Tandatangani Buku Takziah Kemangkatan

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menandatangani buku takziah di kedutaan Thai di sini hari ini sebagai tanda hormat di atas kemangkatan Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej.

Hishammuddin, yang tiba di kedutaan itu bersama isterinya, Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah pada waktu tengah hari, meluangkan masa kira-kira 20 minit di kedutaan.

Ketibaan mereka disambut Duta Thailand ke Malaysia, Damrong Kraikruan dan isteri beliau, Suwanna Phukphat.

“Baginda begitu dihormati di negaranya dan di seluruh dunia atas dedikasi baginda mendukung nilai-nilai universal. Baginda meninggalkan satu legasi yang akan diingati generasi akan datang.

“Saya bersama-sama rakyat Thailand berkabung atas pemergian Yang Mulia Raja Bhumibol, dan sentiasa ingat serta mendoakan rakyat Thailand di saat-saat sukar ini,” demikian ditulis Hishammuddin di dalam buku takziah.


Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Roslan Saad turut hadir ketika lawatan tersebut.

Raja Bhumibol, 89, yang menduduki takhta selama 70 tahun sejak 1946, mangkat di Hospital Siriraj di Bangkok, Khamis lalu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori