Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Ibu Bertarung Singa Gunung...

DENVER - Seorang wanita menyelamatkan anak lelakinya yang berusia lima tahun dengan menarik...

Harga Telur Lebih Murah...

PUTRAJAYA : Harga telur lebih murah akan diumumkan esok, kata Perdana Menteri, Datuk...

Kes Pengubahan Wang Haram...

KUALA LUMPUR: Kes pengubahan wang haram dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah...

Wanita Dipenjara Tonton Lelaki...

TEHERAN – Seorang wanita Iran kerakyatan British, Ghoncheh Ghavami, yang dihukum penjara kerana...

Hospital Medan Tunda Operasi Ke Hari Selasa

JOHOR BAHRU – Hospital medan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dijangka beroperasi pada hari ini ditunda ke hari esok disebabkan kerja-kerja pemindahan barang-barang keperluan unit dewan pembedahan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) masih belum selesai.

Tinjauan Bernama di lokasi perkarangan bangunan induk HSA mendapati kerja-kerja pembersihan sedang berjalan selain kakitangan HSA dilihat membawa masuk peralatan seperti mesin perubatan, katil, kerusi dan keperluan lain ke dalam hospital medan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat berkata hospital medan itu akan cuba digunakan sebaik sahaja kerja-kerja pembersihan dan persiapan kelengkapan selesai.

“Hospital medan ini insya-Allah akan beroperasi esok, hari ini kita akan buat percubaan setelah siap kerja-kerja pendawaian bekalan elektrik dan penilaian keselamatan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Bomba sedang membuat pemeriksaan keselamatan terhadap keseluruhan struktur hospital medan ini dengan bantuan jurutera ATM dan Medivest Sdn Bhd. Doktor dan kakitangan HSA akan turut ditugaskan membantu hospital medan ini secara bergiliran,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Ayub lagi, pihaknya telah membuat permohonan dengan pihak ATM untuk memberikan tambahan waktu penggunaan hospital itu.

“Pada masa ini, hospital itu dapat digunakan selama dua minggu dan kita berharap pihak ATM akan dapat mempertimbangkan permohonan ini berikutan hospital itu juga akan digunakan untuk misi bencana alam seperti banjir,” katanya.

Hospital medan itu akan dibuka pada pukul 8 pagi esok dan beroperasi selama 24 jam di perkarangan kawasan bangunan induk HSA.


Ia mampu memberi perkhidmatan rawatan kepada kira-kira 60 hingga 70 pesakit serta melakukan lima hingga enam pembedahan setiap hari dengan menyediakan fasiliti dewan bedah dan unit sokongan bagi kes kecemasan yang memerlukan rawatan segera dan pembedahan resusitasi (bantuan awal).

Kemudahan itu terdiri daripada lima unit Modul Hospital Hadapan ATM yang akan dibentuk menjadi satu dewan bedah berukuran 244 meter persegi.

Dalam kejadian pukul 9 pagi Selasa lalu, unit rawatan rapi (ICU) di tingkat dua HSA terbakar mengakibatkan enam daripada tujuh pesakit yang sedang dirawat di ICU itu terkorban.

Seorang lagi pesakit dan tiga kakita­ngan HSA terselamat tetapi cedera akibat terhidu asap tebal dalam kebakaran itu, ditempatkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan.

Kebakaran itu juga mengakibatkan penutupan sementara secara berperingkat bangunan induk HSA bagi memberi ruang kerja-kerja penilaian tahap keselamatan, pendawaian, kajian struktur bangunan dan hal-hal berkaitan yang dijangka mengambil masa dua hingga empat minggu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori