Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

UMNO Putrajaya Sokong Muhyiddin

PUTRAJAYA - UMNO Bahagian Putrajaya membuat ketetapan menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin...

Radiasi Menara Telekomunikasi Tidak...

PUTRAJAYA - Pembinaan menara telekomunikasi berdekatan kawasan perumahan tidak berupaya membawa risiko kesihatan...

Operasi Menyelamat Lelaki Finland...

OPERASI mencari dan menyelamat seorang lelaki warga Finland yang dikhuatiri hilang di Pulau...

Gempa Bumi Sederhana Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter melanda pantai...

Hospital Taiping Perlu Lebih Bekalan Darah O Positif

TAIPING – Unit Tabung Darah Hospital Taiping merayu kerjasama orang ramai untuk menderma darah bagi menangani kekurangan bekalan darah.

Penolong Pegawai Penerangan Tabung Darah Hospital Taiping, Zulkarnain Damahuri berkata kekurangan paling ketara adalah darah jenis ‘O’ positif, memandangkan ia paling kerap digunakan.

“Selain darah jenis O, kita memerlukan bekalan darah untuk ditambah dari semasa ke semasa bagi menampung permintaan bekalan terutama pada waktu kecemasan,” katanya kepada pemberita pada Kempen Derma Darah Mega di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di sini hari ini.

Pada kempen yang bermula 9 pagi hingga 4 petang itu, seramai 200 pelajar ADTEC menderma darah.

Zulkarnain berkata pihak hospital menggunakan 40 paket darah pada setiap hari untuk membantu pesakit yang memerlukan.

“Dengan adanya lebih ramai penderma dapat menampung keperluan darah setiap hari. Tabung darah perlu menyimpan 1,200 paket darah setiap bulan,” katanya.


Tambahnya individu yang menderma darah dapat menikmati rawatan perubatan di hospital secara percuma.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan ADTEC Taiping, Nazmi Jamaludin berkata kempen derma darah itu merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang diadakan sejak 2012.

“Kami sentiasa bekerjasama dengan Hospital Taiping dan sambutan yang diterima di kalangan pelajar amat menggalakkan,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • darah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori