Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ada Sebab PKR Tak...

KUALA LUMPUR - Hanya parti Melayu dijemput! Demikian penegasan Ketua Eksekutif Sekretariat Kongres Maruah...

Peniaga Didakwa Hina Kerajaan,...

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini...

269 Kes Disiasat Bawah...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat sejumlah 269 kes merangkumi...

SPRM Tahan Setiausaha Politik...

KEPALA BATAS - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang Setiausaha...

Hotel Tawar Bilik Percuma Untuk Pesakit HSA

JOHOR BAHRU – Hotel Thistle menjadi hotel pertama di negeri ini menawarkan secara percuma 80 bilik pelbagai jenis kepada pesakit Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang terjejas akibat kebakaran Selasa lalu.

Pengurus Besarnya, Rashid Gallyot berkata tawaran itu bagaimanapun dibuka kepada pesakit yang tidak kritikal keadaannya, dengan tiada tempoh had ditetapkan.

“Kita telah menawarkan inisatif ini sejak hari pertama insiden dan ia merangkumi bilik jenis apartmen, deluxe, superior dan suite.

“Kita telah memaklumkannya kepada pihak hospital namun tiada pesakit yang menggunakan kemudahan setakat ini,” katanya selepas membawa pemberita meninjau keadaan bilik hotel yang disediakan, di sini hari ini.

Rashid berkata pihaknya gembira kerana dapat melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada pesakit yang memerlukan dan yakin mereka akan memanfaatkannya.

“Mereka boleh berhubung dengan HSA jika mahu menggunakan kemudahan kerana pihak HSA sentiasa merujuk kepada Jabatan Perhubungan Awam kami,” katanya.

Selain itu, hotel berkenaan turut menyediakan 1,500 pek bekalan makanan dan 800 botol minuman kepada mangsa dan kakitangan hospital yang terjejas sejak hari pertama kejadian.


“Cuma hari ini sahaja kami tidak membekalkan bantuan itu (makanan dan minuman) kerana tiada permintaan daripada hospital. Namun, kami sentiasa dalam keadaan bersiap siaga,” katanya.

Kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA dua hari lepas mengorbankan seramai enam pesakit di wad berkenaan manakala seorang lagi pesakit berjaya diselamatkan.

Insiden itu juga menyebabkan tiga petugas HSA, iaitu masing-masing dua jururawat dan seorang pelajar fisioterapi cedera. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori