Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Komuniti@KKMM Satukan Badan Kebajikan

PUTRAJAYA - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) hari ini melancarkan Komuniti@KKMM yang bertujuan...

Malaysiakini Mohon Lagi Hakim...

KUALA LUMPUR - Malaysiakini buat kali ketiga memohon supaya Hakim Datuk Wira Kamaludin...

Remaja Maut, 4 Rakan...

ALOR SETAR - Seorang remaja maut manakala empat rakannya cedera apabila kereta mereka...

Jangan Salahkan KDN Kegagalan...

LANGKAWI - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak boleh dipersalahkan atas kegagalan sebuah syarikat...

Gesa Kerajaan Melihat Ke Jepun Tangani Warga Tua

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu melihat kepada Jepun dari segi mewujudkan pekerjaan untuk penduduk warga tua yang akan muncul tidak lama lagi, kata Presiden Forum Asia mengenai Ahli Parlimen berkaitan Penduduk dan Pembangunan (AFPPD) Malaysia Datuk Seri Husni Hanadzlah.

“Kita boleh melihat kepada Jepun. Di sana penduduk tua masih boleh bekerja dan mendapat pekerjaan, jadi kita perlu berusaha mewujudkan pekerjaan sesuai untuk penduduk tua,” katanya kepada Bernama selepas majlis jamuan malam diberikan oleh AFPPD untuk para anggota parlimen Asia di sini malam ini.

“Kita perlu mengambil pendekatan holistik tentang bagaimana mentransformasi ekonomi negara menerusi ekonomi inovatif.

“Bila kita mempunyai ekonomi inovatif, kita menjadi negara berpendapatan tinggi.

“Jadi kita perlu melihat cara bagaimana membantu kerajaan memperkukuh kedudukan kewangannya,” kata Ahmad Husni, bekas Menteri Kewangan Kedua.


Beliau juga berkata antara isu lain yang melibatkan penduduk tua yang perlu diperkukuh ialah penjagaan kesihatan negara dengan menyediakan penjagaan kesihataan yang termampu.

Sebaliknya, Ahmad Husni menegaskan peri mustahaknya mengadakan rumah kebajikan yang baik di negara ini bagi menampung keperluan penduduk tua masa kini dan masa hadapan.

Tiga puluh ahli parlimen dan pakar-pakar dari 13 negara, termasuk China, Jepun, Indonesia dan Singapura mengadiri forum itu dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Penduduk dan Pembangunan Asia Jepun, dan Tabung Penduduk Bangsa-bangsa Bersatu dan Persekutuan Keibubapaan Terancang Antarabangsa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori