Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Gajah Mati Disyaki Termakan...

Padang Terap : Gajah betina yang ditemui di tepi Jalan Empangan Pedu, berdekatan...

KPDNKK Pertimbang Beri Insentif...

BAGAN DATOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedia mempertimbangkan...

Hubungan Didakwa Bergolak, Emma...

ATMOSFERA dunia hiburan tanah air tampak seperti tidak akan surut dengan kisah cinta...

Kedah Mahu Tarik Lebih...

BUKIT KAYU HITAM – Kerajaan Kedah merancang untuk menarik lebih banyak pelaburan dalam...

Ikan Puyu Dalam Botol Di Pasar Tamu Sri Aman

SRI AMAN – Antara yang menarik perhatian pada Pasar Tamu di sini ialah ikan puyu yang dijual dalam botol plastik.

Sebiji botol mengandungi beberapa ekor ikan yang muat dengannya.

“Ia dijual mengikut saiz. Biasanya antara RM5 hingga RM20 sebotol,” kata peniaganya Siti Hosin, 50.

Beliau dari Kampung Hilir di sini berkata beliau mula menjual ikan puyu dalam botol selepas mendapat permintaan yang agak tinggi.

Katanya bekalan ikan puyu diperoleh dari ladang kelapa sawit di sekitar sini.

“Inisiatif ini bagi memudahkan pembeli. Sebaik membelinya, mereka boleh terus membawa pulang ikan puyu dalam botol,” katanya.

Siti berkata ikan puyu dibeli bukan sahaja untuk di masak seperti digoreng atau dimasak asam, tetapi juga ada yang ingin membelanya.

Selain ikan puyu, turut terdapat di pasar ini ialah ikan salai daripada jenis tilapia, lajong dan bilis yang turut diwarnakan.


Nona Liew, 35, berkata beliau menjual ikan tilapia salai dengan harga RM50 sekilo yang bekalannya diperoleh dari Batang Ai, kira-kira 90 kilometer dari sini.

“Ikan tilapia salai sedap dimasak lemak atau dimasak dengan terung asam,” katanya.

Seorang peniaga yang juga dikenali sebagai Siti berkata siput sedut atau tekoyong yang dijualnya mendapat permintaan tinggi.

“Saya jual tekoyong dengan harga RM18 sekilogram. Sempena Pesta Benak (yang berakhir semalam), saya siapkan stok tekoyong hampir 100 kilogram. Alhamdulillah ramai yang beli,” katanya.

Pasar Tamu Sri Aman sememangnya terkenal sebagai pusat jualan produk tempatan seperti sayur midin, beras mamut atau beras wangi hitam, ikan salai, ikan masin, ikan segar dan sayur-sayuran.

Ia terletak di tengah-tengah kawasan bandar dan menjadi pusat jualan produk hutan, sungai dan laut. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Ikan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori