Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Penyewa PPR Diberi Tawaran...

KUALA LUMPUR - Penyewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara akan diberi...

Dituduh Hubungan Sulit, Kemaluan...

SEORANG ibu tunggal berusia 52 tahun berhadapan dengan detik paling ngeri yang tidak...

Proses Mengundi Di Jepun...

TOKYO – Pilihan raya Dewan Negara Jepun tetap diteruskan seperti dijadualkan semalam, dua...

Berlari Dalam Salji Keadaan...

INILAH rejim kecergasan paling pelik dan tidak senonoh. Berjoging dalam keadaan telanjang ketika...

Indonesia Akan Kasi Pesalah Pedofil

PARLIMEN Indonesia pada Rabu lalu mengundi untuk bersetuju agar undang-undang ketat diperkenalkan ke atas pesalah pedofil termasuk tindakan kasi (castration) menggunakan kimia dan penjara minimum 10 tahun serta hukuman mati.

Pembaharuan undang-undang itu dicadang oleh Presiden Joko Widodo, lapor The Independent.

Sebaik berkuatkuasa, mana-mana penjenayah yang melakukan kesalahan pedofil secara berulang akan dijatuhkan hukuman penjara paling kurang 10 tahun selain dipasang cip dan dikasi.

Andai mangsa kejadian mengalami trauma psikologi dan jangkitan penyakit kelamin, suspek boleh dijatuhi hukuman mati andai didapati bersalah.

Perubahan dalam hukuman itu dipengaruhi insiden seorang pelajar wanita berusia 14 tahun mati dirogol pada April lalu angkara 12 lelaki dan remaja.

Kasi secara kimia secara umumnya adalah proses menyuntik badan pesalah dengan hormon wanita.


Ia diguna pakai di Poland, Korea Selatan, Rusia dabn Amerika Syarikat.

Pengenalan undang-undang kasi terhadap pesalah pedofil itu bagaimanapun dibantah persatuan doktor Indonesia yang mengatakan ia bertentangan dengan etika profesional pada ahlinya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori