Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Piala Dunia: Perancis Terus...

GAH... Perancis mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati selaku juara Kumpulan C selepas...

Gadis Ini Dikecam Ambil...

PENGAMBILAN selfie bukanlah satu aktiviti luar biasa di zaman kini, lebih-lebih lagi di...

Khalid Yakin Penduduk Kampung...

PUTRAJAYA - Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad yakin pemilik tanah di Kampung Baru...

Mitos DAP-Pakatan Harapan Terhadap...

SAYA berasa sedikit terkesima dan terkejut dengan kenyataan balas Kwan Say Hong, Setiausaha...

Lebih Banyak Pelabuhan Maritim Digabung

KUALA LUMPUR – Industri maritim dijangka menyaksikan lebih banyak penyatuan dan penggabungan pelabuhan pada masa hadapan sebagai cara untuk menangani kelembapan ekonomi sekarang yang menjejaskan industri.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata pelabuhan perlu bergabung untuk mewujudkan perangkaian yang lebih baik dan lebih besar.

“Dalam industri ini mereka memerlukan perangkaian lebih besar untuk menarik syarikat perkapalan.

“Mereka perlu bekerjasama dengan syarikat antarabangsa agar mereka dapat menarik syarikat perkapalan antarabangsa ke Malaysia,” katanya selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Hari Maritim Sedunia Malaysia 2016 (WMD 2016) di sini, hari ini.

Ab Aziz berkata penggabungan dan penyatuan akan membolehkan syarikat berkongsi sumber, terutamanya dalam menghadapi keadaan ekonomi sekarang dan penurunan nilai mata wang.

Industri maritim tempatan menyaksikan pengambilalihan NCB Holdings Bhd oleh MMC Corp Bhd. NCB mengendalikan Northport di Pelabuhan Klang.

Pengambilalihan itu menambah lagi senarai pelabuhan MMC yang termasuk Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd dan Johor Port Bhd.

MMC juga baru-baru ini membeli pegangan dalam Penang Port Sdn Bhd.

Mengenai bantuan kerajaan bagi industri tersebut, Ab Aziz berkata, kementerian tersebut juga bekerjasama rapat dengan pemain industri untuk merangka Pelan Induk Perkapalan Malaysia yang dijangka diusulkan kepada Kabinet tahun depan.

“Kami akan mendengar pandangan industri bagaimana untuk membantu mereka, terutamanya dalam situasi sekarang yang mana industri tersebut agak kompetitif.

“Ia juga akan bergantung kepada cadangan oleh pemain industri. Kami akan mengesyorkannya kepada kerajaan,” katanya.


Sementara itu, Ab Aziz berkata, lebih banyak pelabuhan akan dibangunkan, terutamanya di sepanjang Selat Melaka, bagi meningkatkan industri maritim.

Beliau berkata Selat Melaka, satu daripada laluan perkapalan paling sibuk di dunia, juga merupakan lokasi strategik bagi pemain industri import dan eksport.

“Nilainya sangat besar … ada banyak syarikat asing yang berminat untuk bekerjasama dengan firma Malaysia membangunkan pelabuhan,” katanya.

Sebagai contoh, beliau berkata, kerajaan meluluskan pembangunan Terminal Kapal Persiaran Antarabangsa Melaka, sebahagian daripada projek Melaka Gateway, yang dijangka siap pada 2017.

Melaka Gateway yang bernilai RM40 bilion, berdekatan Pulau Melaka, dibangunkan oleh KAJ Development Sdn Bhd dan merupakan projek pulau buatan terbesar di Asia Tenggara.

WMD 2016, bertemakan ‘Shipping: Indispensible To The World’, dianjurkan bersama oleh Kementerian Pengangkutan, Jabatan Laut Malaysia, Persatuan Pemilik Kapal Malaysia dan Ikhtisas Kelautan Malaysia.

Acara yang berlangsung selama dua hari itu yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre, terdiri daripada persidangan, pameran, ekspo kerjaya, kejohanan golf dan makan malam.

Ia bertujuan untuk menjalin hubungan mesra antara agensi kerajaan dan sektor swasta serta menyediakan platform untuk bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan terkini dalam industri. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori