Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tak Jaga Adik, Kanak-Kanak...

TINDAKAN seorang wanita China menendang anak perempuan tirinya dengan kejam di sebuah taman...

Cadang Tubuh J/kuasa Pantau...

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan mencadangkan sebuah jawatankuasa pemantau ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan laporan...

PH Jual Aset Milik...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berada dalam keadaan tedesak sehingga terpaksa...

Zenfone 5 4G LTE...

Asus yang semakin mendapat tempat di arena telefon pintar antarabangsa nampaknya semakin agresif...

Insiden Gunting Tertusuk Kening Pelajar Disiasat

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan akan melakukan siasatan menyeluruh mengenai insiden kening mata kanan seorang pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Khir Johari di Sabak Bernam, Selangor ditusuk sebilah gunting.

Timbalan Menterinya Datuk P. Kamalanathan berkata masih terlalu awal untuk membuat sebarang kenyataan mengenai insiden yang berlaku di Sabak Bernam, Selangor itu kerana pihak kementerian baru menerima laporan mengenainya.

Beliau mengulas mengenai kejadian yang berlaku kepada Asraf Saiefuddin Nuri Shamsuddin, 12, yang menahan kesakitan lebih satu jam selepas sebilang gunting tertusuk di kening mata kanannya.

Menurut laporan media, kejadian berlaku pada waktu tengah hari, hari ini, semasa pelajar itu sedang melakukan aktiviti di makmal sekolah berkenaan bersama rakan sekelas yang lain.

NGERI!!! Gunting Tercucuk Pada Mata Murid

Mangsa dilaporkan sedang memegang gunting ketika itu bangun dari tempat duduknya dan terlanggar kaki meja sebelum dirinya terjatuh sehingga menyebabkan gunting berkenaan tertusuk keningnya.

Sehubungan itu, beliau berkata guru dinasihati agar tidak menviralkan (menyebarkan) gambar-gambar atau maklumat yang sensitif di laman sosial pada masa depan.

Terdahulu, Kamalanathan menghadiri majlis penutupan pusingan terakhir Wacana


Keselamatan ICT Kebangsaan: Piala Cabaran CyberSafe anjuran CyberSecurity, di sini hari ini.

Dalam ucapannya, beliau berkata daya saing dan masa depan kemajuan ekonomi akan ditentukan oleh kualiti para saintis, ahli akademik, penyelidik dan pelajar.

“Tenaga kerja seumpama itu adalah daripada bidang seperti kejuruteraan, sains dan teknologi, oleh itu, pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik atau STEM perlu diberikan lebih tumpuan,” katanya.

Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan merupakan acara sokongan dan untuk melengkapi inisiatif STEM dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang berobjektif untuk mencapai nisbah 60:40 pelajar Sains dan Teknikal atau Sastera, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori