Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Buat Kali Kedua Arul...

KUALA LUMPUR - Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda sekali lagi...

Kes Bunuh Zayn Rayyan:...

PETALING JAYA : Polis mengesan pergerakan hasil analisis beberapa rakaman kamera papan pemuka...

DBKL Audit Semula Laluan...

KUALA LUMPUR — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengaudit semula laluan basikal...

Lawan Kudrat Dengan Tapah...

JERANTUT - “Ketika hendak naikkan ikan itu, ia terlepas seketika namun mungkin rezeki anak,...

Insiden Nuri Di Tawau: Hishammuddin Arah PTU Pantau Siasatan

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengarahkan Panglima Tentera Udara (PTU), Jeneral Tan Sri Roslan Saad memantau sendiri siasatan berhubung insiden pesawat Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas di atas bumbung Sekolah Menengah Kebangsaan Balung, Tawau, Sabah pagi tadi.

Hishammuddin menyatakan perkara itu menerusi akaun Twitter dan Facebook miliknya sebentar tadi.

“Saya telah mengarahkan Panglima Tentera Udara (PTU) TS Roslan sendiri pantau siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian di Tawau,” katanya.

Beliau turut bersyukur 14 krew termasuk seorang juruterbang yang tersepit dilaporkan selamat.

Turut cedera dalam kejadian itu empat pelajar dan seorang orang awam.

BACA INI: GAMBAR: Helikopter TUDM Terhempas Di Sekolah


Menurutnya, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum bersama Panglima Tentera Udara dan Ahli Dewan Undangan Negeri Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan akan meninjau kawasan kejadian dan bertemu dengan pengurusan sekolah.

Dalam kejadian 9.30 pagi tadi, helikopter Nuri itu terhempas ketika cuba melakukan pendaratan cemas di padang sekolah berkenaan sebelum merosakkan bangunan Pusat Kemahiran Hidup sekolah itu.

Susulan kejadian itu, sekolah berkenaan ditutup hari ini bagi membolehkan polis membuat siasatan dan pemantauan.-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori