Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hampir 300,000 Premis Di...

SUNGAI PETANI: Sebanyak 298,746 premis di negeri ini telah mendapat akses kepada capaian...

211 Majikan Ditahan Menggaji...

PETALING JAYA: Sebanyak 211 majikan ditahan kerana melindungi dan manggajikan pendatang asing tanpa...

Aktres AS Rekrut Pelacur...

NEW YORK - Aktres Allison Mack yang dibebaskan dari penjara dengan ikat jamin...

Uqasha Senrose Ditahan Disyaki...

KUALA LUMPUR - Artis popular, Uqasha Senrose ditahan selepas polis menemuinya dalam keadaan...

Islam Modal Kempen Politik Di Barat, Cetus Islamphobia

IPOH – Masalah Islamophobia dilihat sering tercetus setiap kali musim pilihan raya di negara-negara Barat, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata calon atau parti politik yang bertanding dalam satu-satu pilihan raya cenderung menjadikan Islam sebagai sasaran atau modal kempen demi meraih sokongan pengundi.

“Jadi kebangkitan, kebencian terhadap Islamophobia ini sebenarnya tidak reda selepas beberapa tahun berlalunya peristiwa 11 September, sebaliknya semakin ekstrem,” katanya.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO berrcakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan bertajuk ‘Kepimpinan Muda Malaysia’ sempena Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Dunia (WCIT) 2016 di sini hari ini.

WCIT 2016 bertemakan ‘Dunia Masa Hadapan’ yang bermula semalam hingga esok merupakan persidangan dwitahunan yang diadakan bagi membincangkan isu-isu semasa dan dianjurkan oleh Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) sejak 2012 dan dihadiri oleh peserta dari 15 negara.

Khairy berkata semua pihak perlu mengambil langkah untuk mempromosikan Islam sebenar kepada masyarakat dunia bagi mengikis Islamophobia.

Semalam, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah ketika merasmikan WCIT 2016 bertitah, media antarabangsa setiap hari ‘menyerang’ dunia Islam dengan memaparkan imej negatif tentang golongan belianya, sama ada sebagai pelaku keganasan, pejuang jihad, pahlawan dan pengganas, atau sedang melarikan diri dari bandar raya yang dibom.

Dalam perkembangan berkaitan, Khairy berkata pihaknya melalui Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) kini berada dalam peringkat akhir penyediaan kajian bagi mengetahui punca belia menyertai pertubuhan keganasan itu.


Katanya kajian itu yang dimulakan sejak Ogos lalu turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penjara.

“Kita telah menemu ramah golongan muda yang ditangkap kerana terlibat dalam Daesh, kita harap dapat jawapan daripada mereka untuk tahu mengapa mereka terlibat,” katanya.

Khairy berharap kajian itu dapat disiapkan menjelang Disember depan sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Belia pada Januari untuk pertimbangan.

Terdahulu, Khairy dalam ucapannya menggesa belia Malaysia supaya membuang sikap tidak ambil peduli dan tidak apa bila berhadapan dengan masalah dan kepentingan negara.

“Libatkan diri dan beri sumbangan. Ini negara anda dan setiap orang daripada kita. Jika anda mahu melihat negara Malaysia yang lebih baik, ia memerlukan penyertaan dan penglibatan anda untuk membawa perubahan.

“Suara anda diperlukan, bukannya tidak penting, ia penting untuk negara. Jangan salahkan orang lain jika sikap tidak peduli anda menghalang anda daripada membuat perubahan yang positif,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori