Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ahmad Zahid Terima Kunjungan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Luahan Mangsa Cabul Seorang...

KISAH ini dipetik daripada laman mikro Twitter @takaharasuito yang dikongsi oleh salah seorang...

Sukan Asia: Permulaan Positif...

JAKARTA - Skuad memanah kebangsaan yang memulakan saingan hari pertama di Sukan Asia...

Kartunis Zunar Bebas Dengan...

KUALA LUMPUR - Kartunis Zunar dan empat yang lain yang ditahan dalam satu...

Baling Ular: Netizen Sifatkan Ia ‘Keterlaluan, Melampau’

KECOH jadinya laman sosial hari ini apabila video viral memaparkan sekumpulan murid perempuan menjerit ketakutan akibat dipaksa terjun ke dalam kolam yang dicampak dengan ular sawa.

Program yang dipercayai anjuran Anggota Pertahanan Malaysia (APM) itu mengundang kecaman ramai kerana tindakan fasilitator yang mencampak ular kepada murid dilihat tidak sesuai menjadi sebahagian modul program untuk pelajar sekolah rendah.

Perkara ini membuatkan laman Facebook Mynewshub turut ‘diserang’ ribuan komen daripada netizen yang mengecam tindakan kurang bijak fasilitator program bina jati diri berkenaan.

2.11

Entah apa yang difikirkan jurulatih APM ini namun bagi kami, apa sebenarnya yang berlaku adalah ibarat PENDERAAN kepada murid-murid tersebut.

Jika diperhatikan kembali rakaman video itu, salah seorang daripada anggota APM dilihat turut menggunakan pancutan hos air yang digunakan untuk ditembak kepada peserta dengan tujuan untuk mengacah mereka.

Sudahlah mencampak ular ke dalam kolam, kemudian ditembak pula dengan air, mana tak bertambah panik budak-budak tu?

Bukan setakat itu sahaja, murid-murid perempuan berkenaan turut disergah supaya memberanikan diri. Apa masalah anggota APM ini?


Hal ini hanya memberikan trauma buat pelajar tersebut, bukannya menjadi lebih berani!

Ada yang meminta agar pelatih program dikenakan tindakan undang-undang jika terbukti wujud sebarang elemen ganguan seksual dan mental peserta selepas daripada kejadian itu.

Ya kami amat menyokong tindakan ini!

Namun, masih ada individu yang seakan menyokong tindakan anggota APM, menurut mereka kononnya murid-murid masa kini terlalu ‘manja’ dan seharusnya dikenakan pelbagai elemen latihan ‘keras’ seperti itu.

1

Mungkin tidak kena pada batang hidung mereka, bolehlah kata macam-macam, tapi cuba bayangkan jika anak mereka sendiri yang berada di dalam kolam dengan seekor ular?  Tahu marahkan?  -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori