Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Muka Kuda Cedera, Lekat...

SEEKOR anak kuda berusia lapan bulan yang cedera di muka akibat diserang dengan...

“Kekal Fokus Dan Tenang!”

KUALA LUMPUR - "Kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020, perjalanan anak-anak...

Anwar Jangan Gelojoh Nak...

KOTA BHARU - Tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Hujan Batu Sebesar Bola...

SEBUAH bandar di Sepanyol telah dihujani hujan batu sebesar saiz bola golf, mengakibatkan...

Netizen Anggap Faizznur Makan Harta Anak Yatim

DIGELAR dengan pelbagai gelaran selepas didakwa ‘pecah amanah’, Facebook Muhammad Faizznur Asyraf Husain terus ‘dihujani’ dengan serangan netizen sejak pendedahan kakaknya, Yusnida Husain semalam.

Rata-rata netizen mempersoalkan wang derma yang diberikan orang ramai dan mahukannya untuk menjelaskan dakwaan pecah amanah itu.

Roslan Akmad dalam akaun Facebook menjelaskan wang berkenaan bukan hak Faizznur dan rakyat negara ini berhak mengetahui ke mana duit tersebut digunakan.

“Dulu bukan main cakap kat wartawan yang awak mahu mengambil alih hak penjagaan kedua-dua anak saudara. Memang pelik,” tulisnya dalam status hari ini.

Isu Songlap: Netizen Anggap Faizznur Makan Harta Anak Yatim

Isu Songlap: Netizen Anggap Faizznur Makan Harta Anak Yatim

Ada netizen juga mengajak rakyat negara ini yang memberi sumbangan untuk membuat laporan polis kerana wang yang diberikan tidak sampai kepada empunya badan.

Netizen menganggap tindakan memakan duit anak yatim adalah haram di sisi agama dan menasihatkannya untuk bertaubat sebelum terlambat.

“Tak berbaloi makan duit anak yatim, jahanam lah jawapan lepas ini. Mustahil orang derma RM12K, kalau kau kaya sekarang hasil duit derma utk budak tu..tu pun msh harta dorg…haram darah yg mengalir dlm tubuh anak kau…buatlh apa yg ptut sblm trlambat….#kalaubetullah,” tulisnya.

Namun, ada juga netizen mencadangkan supaya Faizznur menunjukkan bukti dari bank atau sebarang resit yang dapat menjelaskan aliran wang sumbangan itu.


Isu Songlap: Netizen Anggap Faizznur Makan Harta Anak Yatim

Bagaimanapun, pemerhatian Mynewshub mendapati isu pecah amanah ini sudah tercetus sejak tahun lalu apabila terdapat sekeping gambar yang dimuat naik Faizznur dalam akaun Facebooknya.

Dalam gambar tersebut, ada laporan polis yang dibuat Faizznur kerana ada sesetengah pihak mendakwa dia tidak jujur sebagai pemegang amanah dalam menjaga dua anak buahnya itu.

Menurutnya, setiap perbelanjaan untuk kedua-dua anak saudaranya itu direkodkan dan usaha pihak tertentu memburuk-burukkannya adalah dilakukan dengan sengaja.

Bagaimanapun, Faizznur menjelaskan dia difitnah dan perkara berkenaan sudah dibawa ke mahkamah untuk diadili.

Yusnida pada sidang medianya mendakwa Faizznur tidak memberikan wang sumbangan orang ramai terhadap dua anak perempuan kepada pasangan Fairuz Nizam Husain dan Nova Safitri Azhari yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Duta Ulu Kelang (DUKE), Mei tahun lalu. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori