Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Video: Kantoi Sudah… Pemandu...

SATU video memaparkan aksi seorang pemandu teksi melakukan perbuatan tidak senonoh tersebar di...

Pembantaian Tentera: Etnik Rohingya...

SELEPAS tentangan dunia memuncak pada penghujung tahun lalu, Kerajaan Myanmar mengambil langkah politik...

“Najib Tak Bawa Pakaian...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr. Mujahid Yusuf menafikan berlaku campur tangan Pejabat Perdana...

Perbicaraan SRC Ditentukan Mahkamah...

BANGI - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyangkal dakwaan penangguhan kes...

JKN Perak Henti Pemantauan Taman Tema Air Bukit Merah

IPOH – Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah menghentikan pemantauan ke atas Taman Tema Bukit Merah Laketown Resort selepas tiada kes baharu Rotavirus direkodkan sejak sembilan hari lepas.

Pengarahnya Datuk Dr. Juita Ghazalie berkata pemantauan ke atas kolam di pusat peranginan itu telah melebihi dua tempoh inkubasi dengan mengambil kira kes terakhir direkodkan pada 1 Oktober lalu.

“Tempoh inkubasi bagi Rotavirus adalah dua jam sehingga tiga hari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Dr. Juita berdasarkan analisis serta ujian makmal, pihaknya membuat kesimpulan jangkitan Rotavirus yang dikesan di Kedah, Pulau Pinang dan Perak baru-baru ini adalah disebabkan pendedahan di taman tema air tersebut pada 24 September.

“Hampir kesemua pesakit mempunyai sejarah mengunjungi resort yang sama, maka jangkitan adalah akibat air yang tercemar pada hari berkenaan (24 September),” katanya.


Sementara itu, Dr. Juita berkata walaupun pemantauan telah dihentikan, taman tema air berkenaan masih belum boleh dibuka kepada umum kerana ujian sampel kali kedua perlu dijalankan terlebih dahulu.

“Ujian kali kedua ini bergantung kepada pengurusan resort berkenaan. Jika mereka telah selesai melakukan kerja pembersihan dan penyucian kolam, maklumkan kami dan kami akan datang,” katanya.

Ditanya mengenai enam kes positif Rotavirus di Perak, Dr. Juita berkata semua pesakit berkenaan telah dibenarkan keluar dari hospital. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori