Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tun M Tayang Kereta...

MEGAH... Selepas bangga mampu ada kereta mewah Bufori dengan plat khas Patriot 2020,...

Taiwan Menepati Aspek-Aspek Penting...

MENURUT Indeks Pengembaraan Muslim Global 2019 (GMTI) yang diterbitkan April lalu, ada empat...

Kes Bom Bukit Bintang...

Lelaki yang dikatakan ada kaitan dengan kes letupan bom tangan di Bukit Bintang...

‘Bekalan Ikan Segar Mencukupi’

JERTIH : Bencana banjir yang melanda Terengganu minggu lalu tidak menjejaskan bekalan ikan...

Jabatan Perhutanan Tubuh Skuad Banteras Pencerobohan

SANDAKAN – Jabatan Perhutanan Sabah menubuhkan skuad khas dikenali sebagai ‘SFD Protect’ bagi menangani kegiatan pencerobohan hutan simpan.

Skuad dinamakan Pasukan Penguatkuasaan, Taktikal, Operasi dan Perlindungan itu dianggotai 25 pengawas dan renjer hutan yang dilengkapi dengan senjata api.

Pengarah jabatan itu Datuk Sam Mannan berkata penubuhan skuad tersebut sejajar dengan usaha memperkasa lagi penguatkuasaan jabatan itu bagi menghadapi cabaran dalam mempertahankan khazanah hutan simpan negeri kekal terpelihara dan dilindungi.

Katanya penjenayah hutan di negeri ini semakin ganas dan agresif berdasarkan beberapa insiden yang berlaku membabitkan renjer hutan dan pegawai jabatan itu diserang hingga menerima kecederaan.

Menurutnya penjenayah hutan simpan yang dihadapi ini termasuklah pemburu haram rakyat tempatan dan penceroboh dari negara jiran mencuri kayu gaharu dan bakau di kawasan hutan simpan.

“Mereka ini ada yang bersenjata api dan mengancam pegawai dan renjer hutan yang melakukan penguatkuasaan,” katanya ketika melancarkan Skuad SFD Protect dan merasmikan Bangunan Unit Anjing K9 jabatan itu di sini, hari ini.

Sam berkata skuad SFD Protect menjalani latihan yang merangkumi latihan ketahanan diri, latihan tempur tanpa senjata serta latihan pengendalian senjata api.

Katanya skuad tersebut juga akan didedahkan dengan latihan dan pengetahuan berdasarkan latihan yang diperoleh dari negara Thailand.


Beliau berkata usaha itu mendapat sokongan daripada Tabung Alam Sedunia WWF Malaysia) yang membiayai pakar untuk melatih Skuad SFD Protect tersebut.

Menurutnya jabatan itu telah menghantar tiga pegawai kanannya ke Thailand untuk mengikuti latihan khas yang dianjurkan Kedutaan Amerika Syarikat di Thailand.

Latihan tersebut adalah berkaitan dengan penguatkuasaan kawasan hutan perlindungan yang dikendalikan di Pusat Taktikal Polis Kawalan Sempadan Thailand membabitkan latihan ketenteraan, risikan, penguatkuasaan dan serbuan, katanya.

Sam berkata tugasan penguatkuasaan skuad itu digabungkan bersama Unit Anjing K9 yang ditubuhkan jabatan itu pada Julai tahun lepas menangani penyeludupan kayu gaharu.

Katanya unit itu ini mempunyai empat ekor anjing dengan dikendali empat kakitangan jabatan itu.

“Gabungan Skuad SFD Protect dan Unit K9, tahap penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Sabah akan lebih mantap dan berkesan, ” kata Sam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori