PELAKON popular, Jackie Chan mengakui dia tidak suka lagu yang kini menjadi fenomena di seluruh dunia, Pen Pineapple Apple Pen (PPAP) dipopularkan seorang pelawak Jepun, Piko Taro.
Menurut Jackie, dia tidak memahami maksud sebenar lagu tersebut yang cuba disampaikan oleh si pelantunnya.
Dia juga tak faham kenapa penyanyi itu perlu memakai rambut dan misai palsu untuk penampilan imejnya.
Walau bagaimanapun, Jackie memuji kebolehan menari yang dimiliki Piko.
PPAP merupakan projek sampingan yang dijalankan oleh pelawak dari negara matahari terbit itu dan sehingga kini lagunya telah berjaya meraih jumlah tontonan yang sangat tinggi iaitu sebanyak 83 juta.
Baca:Â Lagu Pen Pineapple Apple Pen Cetus Fenomena Sedunia
Fenomena PPAP dikatakan mampu menandingi kehebatan lagu Gangnam Style oleh penyanyi Korea Selatan, Psy yang turut mencipta ‘kegilaan’ di seluruh dunia empat tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC