Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Kaji Idea Mata...

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji idea mengenai mata wang kripto, khususnya berhubung...

Kesalahan Rogol Dalam Perkahwinan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan buat masa ini tidak bercadang menjadikan kesalahan rogol dalam...

Bella Selesai Beri Keterangan,...

KUALA LUMPUR: Remaja sindrom down, Bella selesai memberi keterangan secara tertutup di Mahkamah...

Mohd Shahar Tekad Perkasa...

AHLI Parlimen Paya Besar, Kuantan, Pahang, Mohd Shahar Abdullah yang dilantik sebagai Ketua...

Auntie Anne’s Tiada Sijil Halal Jakim?

KERAGUAN seorang wanita mengenai sijil halal Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) di premis perniagaan Auntie Anne’s menjadi viral apabila pihak Jakim mengesahkan jenama bakeri popular itu tidak mempunyai sijil halal.

Wanita yang dikenali sebagai Azizah Mohamad itu memuat naik jawapan daripada Jakim mengenai pengesahan sijil halal Auntie Anne’s.

Terlebih dahulu Azizah ada menghantar khidmat pesanan teks kepada pihak pengurusan Auntie Anne’s Malaysia bertanyakan mengenai sijil halal mereka.

Auntie Anne’s pula memaklumkan yang pihak mereka masih lagi dalam fasa mendapatkan sijil halal Jakim.

Auntie Anne's Tiada Sijil Halal Jakim?

Auntie Anne's Tiada Sijil Halal Jakim?

Mereka turut dilihat memberikan jaminan bahawa segala bahan-bahan makanan yang digunakan seperti sosej, yis, hirisin ayam, coklat, keju dan mentega diperolehi daripada sumber yang telah diperakui halal oleh Jakim.

Tidak berhenti di situ, Azizah kemudiannya bertanyakan kepada Jakim dan ini merupakan jawapan dari pihak Jakim.


Auntie Anne's Tiada Sijil Halal Jakim?

Auntie Anne's Tiada Sijil Halal Jakim?

Auntie Anne’s merupakan perniagaan pretzel popular yang berasal dari Lancaster, Pennsylvania, Amerika Syarikat yang diusahakan pasangan suami isteri, Anne Beiler dan suaminya, Jonas Beiler pada 1988.

Sehingga kini ia sudah mempunyai sebanyak 1,500 cawangan di seluruh dunia termasuk di Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori