Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

KWSP Nikmati Pulangan Tinggi...

KUALA LUMPUR - Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Amerika Syarikat (AS)...

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billal Shah berkenan...

Ucapan Perasmian Sayap Wanita,...

UCAPAN Perasmian Sayap Wanita Pemuda dan Puteri UMNO oleh YB Datuk Seri Utama...

Rekaan Konsep Jam Tangan...

Jam tangan pintar Samsung Gear A dijangka akan diumumkan pada waktu yang sama...

Jamal Hanya ‘Perang Mulut’ Lawan Bersih – KPN

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan tindakan Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia, Datuk Jamal Md. Yunos yang mengisytiharkan perang terhadap Bersih 5.0 sebagai ‘perang mulut’.

“Setakat kenyataan melancarkan perang, pada saya ia hanyalah ‘war of words’, jadi terpulang pada anda untuk menerimanya.

“Tetapi kalau ada laporan, kita akan melihat perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Program Diploma Eksekutif Sains Siasatan Sesi 2015/2016 di Maktab PDRM di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 45 pegawai kanan polis, Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang terdiri daripada 34 lelaki dan 11 wanita berjaya menamatkan kursus selama tiga semester yang bermula Mac tahun lepas.

Dalam pada itu, Khalid berkata sekiranya kedua-dua pihak iaitu penganjur Bersih 5.0 dan NGO diterajui Jamal ingin mengadakan perhimpunan pada bulan depan, mereka perlu memohon kebenaran berhimpun terlebih dahulu.

“Mereka harus memohon permit berhimpun dahulu. Jika tidak mereka akan diambil tindakkan dan polis tidak akan memilih mana-mana pihak dalam mengambil tindakan,” katanya.


Jamal yang ditahan pada Rabu lepas, dibebaskan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dengan jaminan polis petang semalam.

Sebaik dibebaskan Jamal berkata, gerakan Baju Merah akan mengadakan perhimpunan besar-besaran menentang Bersih 5.0 yang dijangka diadakan pada November di Dataran Merdeka. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori