Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

China Arah Tutup Kilang...

Shanghai - Naib Perdana Menteri China Zhang Gaoli semalam mengarahkan penutupan sementara kilang...

Jenazah Pemain T-Team Masih...

KOTA BAHARU - Jenazah David Faramola Oniya, pemain T-Team yang meninggal dunia akibat...

Prasarana Menang Kontrak RM9...

KUALA LUMPUR - Syarikat pemilik dan pengendali sistem dan perkhidmatan pengangkutan awam tempatan,...

Rafizi Menang Pemilihan Cabang...

KUALA TERENGGANU - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memperoleh 178 undi sekali gus...

Jambatan Ke-3 Klang Siap Pertengahan 2017

KLANG – Projek jambatan ketiga Klang bernilai RM230 juta bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menyuraikan trafik sekitar daerah itu dijangka siap menjelang pertengahan tahun depan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata projek yang merentasi Sungai Klang itu bukan sahaja dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas melibatkan kenderaan awam, malah kenderaan berat yang menuju ke Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Barat.

“Kerajaan negeri membiayai sepenuhnya projek ini memandangkan bandar Klang kini pesat membangun dan kesesakan lalu lintas yang luar biasa,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis penyambungan Jambatan ke-3 Klang di tapak projek itu, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin kecewa dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan keraan lewat mengambil sampel di lokasi pencemaran yang menyebabkan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih semalam.

Katanya, beliau telah menghubungi Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta supaya lebih bertegas dalam memastikan JAS segera turun ke lokasi pencemaran bagi mengumpul bukti.

“Kita mahu pelaku pencemaran ini dihukum dan dibawa ke muka pengadilan,” katanya.


Kumpulan Air Selangor sebelum ini dilaporkan berkata LRA itu ditutup pada 7.30 pagi kelmarin (Ahad) akibat pencemaran bau air sungai disyaki berpunca dari kawasan perindustrian Nilai, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, loji itu kembali beroperasi kira-kira pukul 5 pagi semalam.

Mohamed Azmin juga sebelum ini dilaporkan mendakwa wujud unsur sabotaj oleh pihak tertentu sehingga menyebabkan LRA Sungai Semenyih terpaksa ditutup untuk kali ketiga dalam tempoh sebulan dan kali kelima tahun ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori