Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Mayat Pegawai Tentera Lemas...

SEREMBAN - Mayat Leftenan Kolonel Abdul Rashid Shahdan yang lemas selepas terjatuh ke...

2 Produk Kosmetik Mengandungi...

KUALA LUMPUR - Orang awam perlu mengelak daripada membeli dan menggunakan dua produk...

Kerajaan Laksana Langkah Atasi...

SHAH ALAM - Kerajaan menyenaraikan 11 penyelesaian jangka pendek dan sembilan penyelesaian jangka...

Pengusaha Stesen Minyak Setuju...

PUTRAJAYA - Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) bersetuju dengan pendekatan baharu penetapan...

Jangan Nak Sangat Jadi ‘Batak Like’ – TMJ

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyelar pengendali laman Facebook yang mendakwa mewakili penyokong sukan bola sepak tanah air tetapi gemar melaga-lagakan peminat bola sepak negara ini.

Baginda yang juga pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mempersoalkan sama ada pengendali laman sosial yang menggunakan nama Malaya itu berbuat demikian kerana mengejar bilangan ‘like’ daripada netizen.

“Apa yang anda sebenarnya tidak suka sangat dengan JDT ini? Adakah ‘admin admin page’ tersebut memang semua dilahirkan ‘batak’ mengejar like?

“Terlalu ‘batak like’ atau cemburu ‘page’ kami lebih banyak like dari ‘page’ anda? Jadilah profesional,” titah baginda dalam satu kenyataan di Facebook rasmi JDT.

Tunku Ismail bertitah, pengendali laman Facebook itu tidak wajar mencampuri masalah antara pihak pengurusan JDT dengan FAM.


Titah baginda, laman Facebook itu selalu menghentam FAM tetapi akan menyokong FAM apabila ada isu antara JDT dengan FAM.

“Cukup-cukuplah jadi lalang, baik tukar nama anda kepada Lalang Malaya. Ini adalah kenyataan dari saya, seseorang yang ada nama dan muka.

“Bukannya macam sesetengah individu penakut yang hanya menggelarkan diri mereka sebagai ‘admin’ yang takda nama dan muka. Bila nak jumpa ni?,” titah baginda. – Mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • TMJ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori