Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Sambung Atau Tak PKP,...

KUALA LUMPUR - Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersambung atau tidak...

Pesawat Meletup Ketika Berlepas...

MANILA - Sebuah pesawat dalam misi pemindahan perubatan ke Jepun, meletup ketika mahu...

326,905 Mohon Daftar Pemilih...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 326,905 permohonan pendaftaran sebagai pemilih...

Rousseff Kekal Presiden Brazil...

RIO DE JANEIRO - Presiden Dilma Rousseff berjaya mempertahankan jawatannya bagi penggal kedua...

Jangan Salah Guna Ilmu Untuk Menipu, Mencuri

BATU PAHAT – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menasihatkan golongan graduan supaya tidak menyalahgunakan ilmu dan kebolehan untuk perkara tidak berfaedah seperti menipu dan mencuri.

Baginda mengingatkan graduan supaya tidak terlalu terikut-ikut dengan pengaruh rakan-rakan yang cetek akal atau bersikap sombong dengan ilmu pengetahuan dan kelebihan yang dimiliki oleh mereka.

Baginda turut meminta golongan graduan supaya tidak terlalu memilih pekerjaan sehingga ada dalam kalangan mereka sanggup menganggur dan menyusahkan keluarga.

“Kehidupan di dunia ini memang banyak cabaran dan tiada jalan pintas untuk berjaya, kita mesti bermula dari bawah dengan mencari pengalaman kerja, meningkatkan kemahiran dan kebolehan untuk kualiti diri,” titah baginda.

Sultan Ibrahim, yang juga Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), bertitah demikian pada Majlis Konvokesyen UTHM ke-16 di Dewan Sultan Ibrahim, dekat sini hari ini.

Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga Pro Canselor UTHM dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa, yang juga Pro Canselor II UTHM.

Sultan Ibrahim bertitah bahawa menjadi tanggungjawab institusi pengajian tinggi untuk melahirkan modal insan yang dapat memenuhi kehendak industri dan keperluan demi kemajuan ekonomi negara.

Baginda bertitah pembangunan ekonomi negara memerlukan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi serta mempunyai nilai-nilai peribadi yang tinggi.


“Saya rasa bangga apabila dimaklumkan bahawa UTHM merupakan salah satu universiti pilihan pihak industri yang mana graduan daripada UTHM mempunyai lebih peluang,” titah baginda.

Dalam majlis tersebut, baginda berkenan menganugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Pengurusan Harta Tanah dan Fasiliti) kepada Gabenor Sulawesi Selatan, Indonesia, Dr. Syahrul Yasin Limpa.

Selain itu, Sultan Ibrahim turut berkenan menyampaikan anugerah gelaran Profesor Emeritus kepada Prof. Datin Dr. Maryati Mohamed dan kepada Prof. Dr. Jalani Md.Yunos, masing-masing dari Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan dan juga Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional, UTHM.

Sejumlah 3,469 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing pada majlis konvokesyen yang bermula hari ini hingga Isnin ini.

Sebanyak 43 graduan akan menerima Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana (319 orang), Sarjana Muda (2,503 orang) dan 604 penerima diploma. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori