Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Stesen TV Korea Selatan...

ANTARA perkara yang menjadi kebimbangan rakyat Malaysia di kala ini adalah kemungkinan berlakunya...

Indonesia Mahu Dangdut Jadi...

JAKARTA : Kementerian Pariwisata Ekonomi dan Kreatif Indonesia sedang berusaha menjadikan dangdut sebagai...

5 Keluarga Hilang Tempat...

LABUAN - Lima keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila kebakaran memusnahkan rumah sewa separuh...

Kerajaan Akan Biaya Projek...

KUALA LUMPUR - Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang dijadual siap menjelang...

Jangkaan Air Pasang Besar Di Pesisir Pantai Johor Ahad Depan

JOHOR BAHRU – Penduduk di kawasan pesisir pantai di negeri ini diminta berwaspada dan berhati-hati kerana jangkaan berlaku fenomena air pasang besar.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata kenaikan paras air laut dijangka berada pada paras tertinggi antara 16 hingga 20 Okt ini.

“Sekiranya semasa tempoh tersebut berlaku kejadian ribut petir dan angin kencang sekitar pesisir pantai, ia akan menyebabkan pantai di Johor ditenggelami air,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menyarankan agar aktiviti riadah di kawasan pesisir pantai pada tarikh berkenaan perlu dielakkan.

Antara kawasan yang dijangka terlibat ialah Pesisir Pantai Johor Bahru dengan jangkaan sehingga 3.9 meter, Tanjung Langsat (sehingga 3.5m),


Tanjung Pelepas (sehingga 3.5m), Pasir Gudang (sehingga 3.5 Meter), Pulau Pisang (sehingga 3.5 Meter), Pesisir Pantai Endau (sehingga 3.4 Meter).

Sungai Belungkor (sehingga 3.3 meter), Kuala Batu Pahat (sehingga 3.2m), Mersing (sehingga 3.2m) manakala Tanjung Sedili (bawah dari tiga meter). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori