Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pos Malaysia Jual Setem...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan siri setem baharu...

Dadah Bernilai RM14.3 Juta...

KUALA LUMPUR - Polis merampas dadah syabu dan ecstasy bernilai RM14.3 juta dan...

Zairil Khir Johari Diumum...

GEORGE TOWN - Anggota Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari diumum sebagai Presiden...

Nuridah Kekal Jawatan Ketua...

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara, Nuridah Mohd Salleh mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua...

Jatuh Eskalator: Saksi Lihat Kanak-Kanak ‘Melayang’

“SAYA berada betul-betul di belakang family ini,” tulis seorang saksi kejadian yang membabitkan kanak-kanak berumur tiga tahun yang terjatuh di sebuah kompleks beli belah di Bukit Jambul, Pulau Pinang, Ahad lalu.

Yuana Che Ariff berkongsi detik cemas itu mnerusi laman Facebooknya selepas memuat naik video kejadian semalam.

Menurutnya, ketika kejadian, dia berada di belakang empat sekeluarga itu ketika menaiki eskalator ke tingkat dua kompleks berkenaan.

“Pada mulanya, anak lelaki mereka hampir terjatuh di bahagian hujung eskalator hingga menyebabkan jarinya tersepit dan terluka.

“Ibunya membantu mengeluarkan jari anak lelakinya yang tersepit.

Jatuh Eskalator: Saksi Lihat Kanak-Kanak Melayang

“Kemudian, bapanya dalam keadaan kelam kabut mahu melihat luka di jari anak lelakinya sehingga terlupa yang dia sedang mendukung anak perempuan di bahunya.

“Ketika kejadian, bapanya betul-betul berdiri di tepi eskalator dan ianya berlaku di hadapan saya,” katanya.


Menurutnya, masih tidak dapat melupakan bagaimana badan kanak-kanak itu ‘melayang’ jatuh ke tingkat satu kompleks berkenaan.

Kanak-kanak perempuan tersebut kini dilaporkan masih berada dalam keadaan kritikal namun menunjukkan tanda positif dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik, Hospital Pulau Pinang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahib berkata, polis akan meneliti dan menyiasat komen serta memanggil semua saksi bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.- MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori