Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sabah Mansuh Pengisian Borang...

Kota Kinabalu : Syarat pengisian borang pengisytiharan kesihatan (e-HDF) bagi memasuki Sabah dimansuhkan...

PAS Gesa Bertenang, Tidak...

PAS menyeru semua pihak agar bertenang dan tidak mencetuskan sebarang sentimen tidak sihat...

Memaksa Diri Berlari Untuk...

KUALA LUMPUR - Suasana gym masih senyap. Belum ada bunyi orang berlari di...

Budak Lemas Ketika Ibu...

GARA-gara sibuk bermain telefon bimbit, seorang ibu di China tidak sedar anak lelakinya...

JDT Sasar Tidak Pernah Tewas Dalam Liga Super

KUALA LUMPUR – Selepas gagal mempertahankan kejuaraan Piala AFC untuk musim ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) menyasarkan untuk mencipta sejarah selaku pasukan pertama beraksi tanpa tewas dalam saingan Liga Super Malaysia. .

Pengurus merangkap Ketua Jurulatihnya, Mario Gomez berkata, bagi mencapai sasaran tersebut, JDT perlu memastikan pasukan itu menang ke atas Selangor di Stadium Shah Alam malam esok.

“Kami masih ada perlawanan Liga Super Malaysia yang perlu diharungi dan ianya penting untuk memastikan rekod tanpa kalah JDt tidak tercalar.

“Pemain perlu fokus untuk aksi terakhir ini dan lupakan kekecewaan perlawanan sebelum ini. Pastinya kami mahu mencipta sejarah selaku pasukan pertama beraksi tanpa tewas sepanjang tahun dalam saingan liga ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


JDT gagal mara ke peringkat akhir Piala AFC 2016 selepas tewas kepada kelab India, JSW Bengaluru dalam aksi separuh akhir ke dua di negara berkenaan.

Ramai pihak menyifatkan punca utama kekalahan pasukan itu kerana ketiadaan dua penyerang importnya, Juan Martin Lucero (kanan) dan Jorge Pereyra Diaz yang tidak dibenarkan beraksi berdasarkan peraturan ditetapkan. – Mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • JDT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori