Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Demam Aplikasi, ‘Tangkap’ Pokemon...

PERMAINAN aplikasi terbaharu Pokemon Go! yang diperkenalkan dengan menggunakan teknologi Alternate Reality (AR)...

Empat Mangsa Bunuh Hilang...

IPOH - Empat mangsa bunuh dibakar dan abunya dibuang ke sungai dalam satu...

Rider E-Dagang Mogok, Dakwa...

SEBERANG PERAI – Perkhidmatan penghantaran sebuah syarikat e-dagang popular dijangka terjejas di negeri...

Bashah Pengerusikan Mesyuarat Khas...

ALOR SETAR - Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah akan mempengerusikan...

JDT Sedia Baham Selangor Kekal Rekod Tanpa Kalah

KUALA LUMPUR – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah bersedia untuk mencipta rekod baharu pasukan pertama tanpa tewas dalam aksi Liga Super Malaysia pada sepanjang musim.

Penyerang importnya, Juan Martin Lucero berkata, walaupun sudah memenangi kejuaraan itu pada bulan lalu, tumpuan akan tetap diberikan untuk memenangi perlawanan terakhir pada malam ini.

“Ia adalah perlawanan yang penting bagi saya serta seluruh pasukan dan kami sudah cukup bersedia untuk perlawanan ini.

“Kami juga mahu menamatkan saingan liga tahun ini dengan rekod baru iaitu selaku pasukan pertama tanpa tewas sepanjang musim,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pasukan JDT akan bertemu dengan Selangor di Stadium Shah Alam di Selangor malam ini bagi melengkapkan saingan Liga Super 2016 untuk pasukan itu.


JDT memenangi kejuaraan Liga Super 2016 apabila mengumpul 52 mata selepas menundukkan Terengganu 3-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor pada 9 September lalu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori