Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

‘Hasil Derma RM320K, Tapi...

BAGAIKAN tiada henti, pemilik nama Faizznur terus menerus mendapat cacian dan makian daripada...

Polis Tahan Tukang Urut...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan pemilik akaun Facebook Julia JJ II selepas dipercayai...

Perompak Larikan RM500,000 Dari...

GEORGE TOWN - Seorang pengawal keselamatan melepaskan lima das tembakan ke arah dua...

CelcomDigi, KPT Perkenal Pembelajaran...

PETALING JAYA : CelcomDigi Bhd (CelcomDigi) meneruskan kerjasama strategik bersama Kementerian Pengajian Tinggi...

Jenazah Koperal Mohd Faizol Selamat Dikebumikan

BALING – Jenazah Koperal Mohd Faizol Rosli, yang merupakan antara dua anggota Tentera Darat yang hilang selama empat hari setelah terjatuh ke dalam laut di Pulau Perak, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Kuang, Kupang dekat sini awal pagi tadi.

Jenazah Mohd Faizol, 29, dikebumikan pada 1.30 pagi selepas selesai solat jenazah di kediaman arwah di Kampung Keda Kemangi, Kupang yang diimamkan oleh Pegawai Staff II Agama Markas 2 Divisyen Pulau Pinang, Mejar Risal Osman.

Jenazah kemudiannya diusung tujuh anggota Rejimen Renjer Diraja (RRD) Arau Perlis yang diketuai Sarjan Jazruddin Gayu ke tanah perkuburan.

Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam itu apabila kira-kira 100 anggota keluarga dan sahabat handai memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Mohd Faizol.


Dalam kejadian 4.40 petang pada Isnin, Koperal Johbartlee Kanil, 32, dari Kota Marudu, Sabah dan Allahyarham Mohd Faizol dari Kampung Sungai Limau di Pulai, Baling, hilang selepas terjatuh ke laut ketika sedang mengambil air.

Kedua-dua mereka dari Batalion ke-4 Rejimen Renjer Diraja (4RRD) berpangkalan di Kem Oran, Perlis masing-masing ditugaskan di Pulau Perak sejak sebulan lalu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori