SETIAP 31 Oktober, masyarakat Barat akan menyambut perayaan Halloween yang sinonim dengan pemakaian kostum menakutkan dan imej menyeramkan.
Namun begitu, ada seorang pereka baru-baru ini mencipta sebuah topeng menyerupai alat sulit wanita bagi meraikan sambutan yang cukup sinonim dengan penggunaan buah labu itu.
Berbentuk realistik seperti vagina, ia dijual pada harga yang cukup tinggi iaitu sebanyak £383.82 (RM2,021.00).
Perayaan Halloween kebiasaannya disambut di Amerika Syarikat dengan masyarakat menghadiri parti kostum serta pemberian gula-gula kepada kanak-kanak yang mengetuk pintu kejiranan mereka pada hari terakhir bulan Oktober itu. – MYNEWSHUB.CC