KUALA LUMPUR – Juara remaja dunia, Goh Jin Wei meneruskan aksi cemerlang selepas melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Terbuka Thailand yang berlangsung di Stadium Nimibutr di Bangkok, hari ini.
Pemain berusia 16 tahun itu menewaskan rakan sepasukan, Ho Yen Mei 21-17 dan 21-13 pada suku akhir, menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF);www.bwfbadminton.org.my.
Jin Wei akan bertemu pemain Thailand, Busanan Ongbamrungphan selepas pilihan ketiga itu terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan pemain Singapura, Xiaoyu Liang 20-22, 21-13 dan 21-12.
Pasangan beregu profesional negara, Lim Khim Wah/Ong Jian Guo juga mara ke separuh akhir selepas menundukkan pilihan ketiga, Bodin Isara/Nipitphon Phuangphuapet dari Thailand dengan 21-15, 17-21 dan 21-14.
Pasangan beregu campuran kedua negara, Tan Kian Meng/Lai Pei Jing juga mara ke separuh akhir menewaskan beregu pilihan keenam, Liao Min Chun/Chen Hsiao Huan dari Taiwan 21-15, 19-21 dan 21-11.
KEPUTUSAN PENUH:
—————–
(Nota: semua pemain Malaysia kecuali dinyatakan dan [ ] menunjukkan pilihan)
Perseorangan Lelaki: LeRe Cheuk Yiu (HKG) mn Liew Daren 21-12, 17-21, 21-15
Beregu Lelaki: Lim Khim Wah/Ong Jian Guo mn [3] Bodin Isara/Nipitphon Phuangphuapet 21-15, 17-21, 21-14 [2] Berry Angriawan/Rian Agung Saputro (INA) mn [6] Hoon Thien How/Teo Kok Siang 21-16, 21-17
Perseorangan Wanita: Goh Jin Wei mn Ho Yen Mei 21-17, 21-13 Aya Ohori (JPN) mn [6] Tee Jing Yi 21-13, 21-6
Beregu Wanita: [1] Puttita Supajirakul/Sapsiree Taerattanachai (THA) mn Chow Mei Kuan/Lee Meng Yean 21-9, 21-14
Beregu Campuran: [3] Tan Kian Meng/Lai Pei Jing mn [6] Liao Min Chun/Chen Hsiao Huan 21-15, 19-21, 21-11
– BERNAMA