Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jutawan China Beli Lukisan...

Beijing - Seorang daripada tokoh paling kaya di China semalam dilapor membeli karya...

Pasukan Petugas Khas Ditubuh...

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas...

UPSI Cadang Buka Kampus...

BATU KURAU - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bercadang mewujudkan kampus keduanya di...

Tok Mat, Tok Pa...

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan bekas Menteri...

Johor Salur Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran HSA – Exco

BANDUNG – Kerajaan negeri Johor akan menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi Selasa.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata kerajaan negeri turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan merasa terharu dengan kejadian tersebut.

“Kita akan menyalurkan bantuan yang bersesuaian kepada kelurga mangsa dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau sedang menghadiri Persidangan Antarabangsa Rangkaian Penyelidikan Karbon Rendah Asia.

Enam pesakit dilaporkan maut dan seorang lagi terselamat dalam kebakaran itu yang berlaku di tingkat dua wad Unit Rawatan Rapi HSA pada 8.56 pagi.

Sementara itu Ayub berkata pihaknya mengalu-alukan hospital swasta yang sedia menghulurkan bantuan bagi penempatan sementara pesakit hospital tersebut yang perlu dipindahkan segera.


“Buat masa ini kita lebih memberi tumpuan kepada usaha menyelamatkan mangsa dan punca kebakaran masih belum dikenal pasti oleh pihak bomba,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori