Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

7 Set Borang Pencalonan...

KUCHING - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak mengesahkan tujuh set borang pencalonan bagi...

Mahasiswa Digalak Sertai Myagrosis...

KUALA LUMPUR - Golongan mahasiswa yang meminati bidang keusahawanan disaran merebut peluang mendapatkan...

Penangguhan Bayaran Balik PTPTN...

SEMENYIH - Penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti...

Nahas DUKE: 2 Pemandu...

KUALA LUMPUR – Dua pemandu Perodua Myvi dihukum penjara tiga tahun dan denda...

Jordan Bantu Malaysia Bebas Dr. Fauziah Di Israel

KUALA LUMPUR – Kerajaan Jordan kini membantu Malaysia dalam usaha pembebasan seorang rakyat negara ini, Dr. Fauziah Mohd. Hasan yang ditawan oleh tentera rejim Israel petang Rabu.

Berita gembira tersebut disahkan sendiri Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican ketika dihubungi secara eksklusif oleh stesen TV3 dan disiarkan menerusi program Buletin Utama di sini pada malam Khamis.

Menurutnya, kesemua 13 aktivis wanita misi ‘Women’s Boat to Gaza’ (WBG) termasuk Dr. Fauziah ditempatkan di sebuah pusat tahanan berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di tenggara ibu kota Israel, Tel Aviv.

Mereka akan diusir keluar dengan menaiki pesawat untuk penerbangan menuju ke mana-mana destinasi yang belum lagi ditetapkan di benua Eropah sejurus selepas selesai proses soal siasat oleh pihak berkuasa rejim Zionis.

Bagaimanapun Dr. Fauziah pula dilaporkan akan diberi pilihan untuk pergi terus ke Jordan tetapi menerusi jalan darat dan pihak Kedutaan Besar Malaysia di Amman sedang bekerjasama dengan negara Arab Islam berkenaan.

zaytouna-1

“Kedutaan Jordan di Tel Aviv tengah berusaha keras menggunakan pelbagai saluran dengan pihak berkuasa rejim Israel bagi mempercepatkan usaha pembebasan aktivis wanita Malaysia ini daripada tahanan,” kata Reezal.


Jordan selain jirannya, Mesir dan Turki mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, manakala Malaysia bersama-sama 20 buah negara Islam lain sebaliknya tidak mengiktiraf kedaulatan negara haram Yahudi itu.

Dalam pada itu, laman Twitter rasmi WBG, @GazaFFlotilla dalam kicauan terbaharu mereka memaklumkan, semua sukarelawan termasuk Dr. Fauziah kini dilaporkan ditahan di penjara Giv’on, di daerah Ramla tengah Israel.

Maklumat berkenaan diperoleh daripada pihak Kedutaan Sepanyol di Tel Aviv manakala portal Quds News Network melaporkan, kesemua aktivis tersebut akan dihantar pulang ke negara masing-masing dengan selamat.

Bagaimanapun berita itu tidak menyebut bilakah mereka dijangka pulang. Semalam, anggota misi WBG yang dalam pelayaran ke Gaza menaiki kapal Zaytouna-Oliva, ditahan Israel pada jarak 35 batu dari daratan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori