Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Status Ibu Tunggal Zarina...

BARU sahaja melahirkan anak sulung Gabriel Martin Ezra pada Ogos lalu, kini muncul...

Mat Sabu Kata Pakatan...

KUALA LUMPUR - Sejarah mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bukan seorang...

Makmal Proses Syabu Di...

JOHOR BAHRU - Sebuah bangsal dipercayai beroperasi sebagai makmal memproses dadah jenis syabu...

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan...

BUKIT MERTAJAM - Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui dengan tiga kesan...

Negara Arab Pertama ‘Hos’ Piala Dunia Remaja Perempuan

JORDAN melakar sejarah tersendiri apabila menjadi negara Timur Tengah pertama kepada kejohanan bola sepak Piala Dunia Remaja Perempuan bawah 17 tahun.

Kejohanan yang bermula pada 30 September hingga 21 Oktober 2016 itu merupakan edisi ke-5 yang dianjurkan oleh FIFA U-17 Women’s World Cup dengan menampilkan 16 pasukan dari seluruh dunia.

Memetik laporan daripada Berita MediaCorp Singapura, Jordan bukan sahaja menjadi tuan rumah kepada acara tersebut malah turut mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FIFA U-17 Women’s World Cup, Samar Nassar percaya penganjuran ini dapat membuka lembaran baharu buat masyarakat rantau Timur Tengah tentang penglibatan wanita dalam acara sukan yang kebiasaannya dimonopoli oleh kaum lelaki.

Negara Arab Pertama 'Hos' Piala Dunia Remaja Perempuan

“Kami mungkin masih berdepan dengan banyak lagi halangan termasuk dari segi sosial yang menghambat penyertaan wanita dalam sukan.

“Namun penganjuran Piala Dunia ini menjadi pemangkin bagi perubahan yang kami inginkan,” katanya.

Menerusi Program Pusat Akar Umbi Wanita Putera Ali, stigma masyarakat mengenai sukan bola sepak mula berubah apabila diperkenalkan kepada remaja perempuan berusia 10 hingga 14 tahun.

Negara Arab Pertama 'Hos' Piala Dunia Remaja Perempuan


Negara Arab Pertama 'Hos' Piala Dunia Remaja Perempuan

Meskiun pada mualanya mendapat tentangn hebat daripada masyarakat setempat, kini sukan bola sepak dimainkan di 13 tempat di seluruh Jordan.

Hasil usaha program yang dijalankan, Jordan berjaya menghasilkan lebih 300 remaja perempuan terlibat secara aktif dalam sukan ini.

Malah kerajaan Jordan juga telah menyediakan kemudahan dikenali sebagai Zon Peminat untuk warganya menyaksikan sesebuah perlawanan yang berlangsung. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Berita MediaCorp Singapura

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori