Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Ular Tedung 10Kg Sorok...

“KETIKA membuka pintu kedai untuk memulakan perniagaan, saya terkejut melihat kelibat ular tedung...

Hutang K’jaan Persekutuan Berjumlah...

KUALA LUMPUR - Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan setakat 30 September 2015, berjumlah RM623.3...

Kenapa Bapa Tak Berlakon,...

PELAKON dan pengarah filem, Zul Yahya menerusi Instagram peribadi memuat naik sebuah video perbualannya...

Pasar Raya Rugi Kira-kira...

KUANTAN - Dua juruwang di sebuah pasar raya di Jalan Kuantan-Pekan di sini...

JPJ Tahan 512 Ulat Teksi Denda RM991,100 Sejak 2011

SEPANG – Sebanyak 512 ‘ulat teksi’ ditangkap dan didakwa kerana beroperasi secara haram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sejak 2011 sehingga hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Nadzri Siron berkata mereka didakwa mengikut Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 melibatkan denda berjumlah RM991,100.

Jumlah tersebut, katanya, merangkumi 85 tangkapan yang dibuat dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini dengan Oktober mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 18 tangkapan.

“Pada operasi yang dijalankan pada 8, 9, 21 dan 22 Oktober ini sahaja, JPJ menahan 18 individu yang mengambil penumpang secara haram, di mana enam daripadanya melibatkan kenderaan jenis Uber serta Grab Car,” katanya pada sidang media di KLIA di sini hari ini.

Beliau berkata tangkapan dan dakwaan ke atas 18 individu tersebut membabitkan kutipan denda berjumlah RM48,000.


Nadzri berkata anggota JPJ turut ditempatkan di semua lapangan terbang selain KLIA dan KLIA2 untuk membanteras kegiatan ‘ulat teksi’ antaranya melalui penyamaran.

Selain mencemarkan imej negara, aktiviti ulat teksi mengundang risiko seperti ditipu, dirompak, disamun atau dirogol, katanya.

“Kenderaan peribadi ini tentunya tidak berdaftar dengan SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) menjadikan mereka sukar dipantau serta dikesan jika melakukan kesalahan, tindakan juga sukar diambil seperti membatalkan permit yang dikenakan kepada teksi berdaftar,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori