Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Polis Melaka Persiap Anggota...

MELAKA - Polis Kontinjen Melaka sedang mempersiapkan anggota, pegawai dan kakitangan awamnya dari...

Kereta Dipecah Masuk Di...

KLANG : Malang menimpa seorang ahli perniagaan apabila kereta Toyota Estima miliknya tular...

14,516 Kes Baharu COVID-19...

PUTRAJAYA - Kes harian COVID-19 di negara ini menunjukkan sedikit penurunan berbanding semalam...

MCA Tidak Perlu Bimbang...

MCA tidak perlu bimbang dengan hubungan kerjasama politik antara UMNO dan PAS kerana...

Jurujual Didakwa Curi Barang Kemas Bernilai RM65,000

KUALA LUMPUR – Seorang jurujual kedai emas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencuri barang kemas bernilai RM65,000 di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Low Kin Leong, 27, didakwa mencuri harta milik kedai emas Wah Chan, iaitu dua utas rantai leher, empat utas rantai tangan dan dua bentuk cincin yang bernilai keseluruhan RM65,000 di kedai emas itu, di Berjaya Times Square pada 10.30 pagi, 28 September 2016.

Lelaki itu didakwa di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.


Low yang diwakili peguam Sharen Rosli merayu supaya dibenarkan diikat jamin dengan syarat-syarat tambahan memandangkan bapanya tidak sihat selain ibunya yang tua tinggal di Ipoh.

Majistret Mahyudin Mohamad Som membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Nov untuk sebutan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori