Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Filipina Akan Tingkatkan Industri...

KUALA LUMPUR – Filipina, di bawah Presiden Rodrigo Duterte, berusaha mengembangkan industri halal...

Skuasy Berpasukan Wanita: Malaysia...

KUALA LUMPUR - Malaysia melangkah ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2014...

Dua Wanita Jual Makanan...

Kota Bharu : Dua pekerja kedai makan ditahan selepas disyaki menjual makanan kepada...

RCI Wang Kelian: 11...

PUTRAJAYA - Sebanyak 11 nama orang tengah yang membawa masuk pendatang asing tanpa...

Jururawat Ini Masih Bertarung Nyawa, Hero Insiden HSA

SUSULAN insiden kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru semalam, kini beberapa gambar memaparkan seorang jururawat mula menjadi perhatian netizen di media sosial.

Jururawat tersebut, Nurul Ain Syawqah Wardiah merupakan staf HSA yang cedera parah ketika menyelamatkan ramai pesakit dalam insiden kebakaran terburuk itu.

Nurul Ain difaham terhidu banyak asap ketika kejadian dan dia kini masih lagi ditempatkan di unit ICU, Hospital Sultan Ismail (HSI) dekat HSA.

Rata-rata netizen di media sosial mendoakan kesihatan Nurul dan memuji tindakannya yang sanggup menempuh bahaya demi menyelamatkan pesakit ketika kebakaran.

Jururawat Ini Masih Bertarung Nyawa, Hero Insiden HSA

Jururawat Ini Masih Bertarung Nyawa, Hero Insiden HSA

Jururawat Ini Masih Bertarung Nyawa, Hero Insiden HSA

Jururawat Ini Masih Bertarung Nyawa, Hero Insiden HSA

Nurul Ain Syawqah Wardiah berasal dari Temerloh, Pahang namun segala identiti peribadi mengenai jururawat ini tidak banyak didedahkan.


Menurut laporan Harian Metro, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, menerusi catatan di Facebook berkata satu-satunya pesakit yang berjaya diselamatkan dari HSA, kini berada dalam keadaan kritikal.

Mangsa kemudian dipindahkan ke Unit Kebakaran, HSI. Mengikut senarai maklumat mangsa yang ditulis pihak bomba, Nurul Ain adalah mangsa yang cedera parah dalam kejadian kebakaran di HSA.

Namun, maklumat terkini mengatakan mangsa sudah semakin stabil dan tidak mengalami kecederaan fizikal yang teruk. Dia kini diletakkan di bawah pemerhatian pihak HSI.

Walau apapun, jasa dan pengorbanan seorang jururawat ini sangat-sangatlah dihargai. Walau dalam keadaan getir sekalipun, mereka sanggup menggadaikan nyawa demi menyelamatkan pesakit mereka.

Sama-sama kita mendoakan supaya jururawat ini pulih dan kembali sihat seperti sedia kala. Amin. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori