Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Tingkat Pengetahuan Ilmu Ketenteraan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini...

Mayat Dipercayai Salah Seorang...

GUA MUSANG - Mayat seorang budak perempuan ditemui reput dalam Sungai Perias, kira-kira...

Wanita Ditemukan Mati Tersepit...

IPOH - Seorang wanita ditemukan mati di dalam tandas di kediamannya di Flat...

Prolintas Tawar 10% Rebat...

KUALA LUMPUR - Prolintas Expressway Sdn Bhd, pengendali Lebuhraya Koridor Guthrie (LKG) menawarkan...

Jurusolek Jelas Isu Make Up ‘Tak Siap’ Peserta GV3

SETELAH viralnya foto-foto peserta Gegar Vaganza 3 (GV3) yang disifatkan sebagai raw dan belum diedit di laman sosial, seorang jurusolek dikenali sebagai Syafieq Aiman tampil memberi penjelasan.

Antara peserta yang menerima kritikan hebat daripada pelayar media sosial adalah penyanyi veteran Zur Eda yang digambarkan sebagai tidak kena dengan wajahnya malah menjadikan penyanyi itu kelihatan pelik dan tua.

Syafieq merupakan jurusolek yang bertanggung jawab menata rias wajah Zur Eda seperti yang dikehendaki oleh pihak penganjur. Namun tidak menyangka perkara seperti ini pula yang timbul.

Individu ini menerusi posting di Facebook peribadinya menjelaskan bahawa sesi photoshoot peserta GV3 dibahagikan kepada dua kategori iaitu ‘1st Look’ dan ‘2nd Look‘.

Pada kategori ‘1st Look’, peserta hanya dikenakan make up ringkas sahaja manakala pada ‘2nd Look’ pihak penganjur yang menetapkan konsep tatarias yang harus dikenakan dan ianya berbeza-beza bagi setiap peserta GV3.

Jom ikuti luahan Syafieq berkaitan kontroversi yang melanda peserta GV3 bagi mendapatkan penjelasan sebenar disebalik insiden yang berlaku.

Jurusolek Jelas Isu Make Up 'Tak Siap' Peserta GV3


Manakala ini pula foto yang diberikan oleh pihak penganjur kepadanya untuk dijadikan sebagai rujukan bagi menata rias wajah Zur Eda.

Jurusolek Jelas Isu Make Up 'Tak Siap' Peserta GV3

Selain itu, Syafieq juga memuat naik foto hasil sentuhannya yang dirakam menggunakan telefon bimbit bersama foto yang viral dilaman sosial.

Jurusolek Jelas Isu Make Up 'Tak Siap' Peserta GV3
Dari (kiri) foto Zur Eda yang viral, (tengah) gambar rujukan, (kanan) hasil sentuhan Syafieq.

Semoga pendedahan yang dilakukan oleh Syafieq dapat merungkai segala persoalan dan tuduhan tidak berasas netizen terhadap jurusolek yang terlibat dalam GV3. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori