Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Gempa Bumi Kuat Di...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter berlaku di...

Liverpool Beli Penjaga Gol...

PASUKAN bola sepak Liverpool bersedia untuk menandatangani penjaga gol Barcelona, Marc-Andre ter Stegen...

Tersebar Khabar Rafizi Bakal...

Tak dapat dipastikan sejauh mana kebenarannya namun petang ini tersebar khabar bahawa Rafizi...

Yang Di-Pertuan Agong Bangga...

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah melahirkan rasa...

Kabir Khan Rancang Tonjol Identiti Malaysia Di AS & UK

KUALA LUMPUR – Ahli silap mata terkenal Malaysia, Kabir Khan Mohamad Reaz merancang untuk menyuntik elemen identiti Malaysia dalam persembahannya.

Ia sekali gus membantu dalam usaha mempromosikan negara selepas dilantik sebagai duta pelancongan.

Semalam, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan Tourism Malaysia melantik Kabir Khan sebagai duta pelancongan yang baharu ke Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

Kabir Khan berkata beliau berharap melalui persembahan sedemikian, beliau akan berjaya meningkatkan profil Malaysia di kedua-dua pasaran itu untuk memacu sektor pelancongan negara.

“Kami sedang berbincang sekarang dan akan keluarkan tarikh sesuai bermula hujung Oktober ini hingga Disember untuk memulakan kempen di AS. Kempen di UK besar kemungkinan pada suku pertama tahun depan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

“Adalah menjadi matlamat saya untuk memastikan Malaysia ditonjolkan dengan cara yang baik dan menarik di kedua-dua negara itu. Menyuntik ‘identiti Malaysia’ dalam persembahan saya nanti, diharap penonton di AS dan UK lebih menyukainya,” jelas beliau.

Kabir Khan yang berbesar hati dengan pelantikan itu, berkata terdapat beberapa cara untuk menonjolkan keindahan Malaysia kepada pelancong AS manakala di UK, Malaysia telah dikenali, hasil perhubungan yang telah dijalin sekian lama.

Beliau berkata terdapat banyak peluang bagi beliau untuk mempromosikan Malaysia sebagai permata pelancongan di Asia Tenggara termasuk melalui rancangan temu bual di stesen radio.


Kabir Khan berkata beliau akan memanfaatkan jaringan perhubungannya dan mempunyai ramai pengikut di kedua-dua negara itu untuk melaksanakan tanggungjawabnya selaku duta pelancongan.

“Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui Tourism Malaysia telah memberi kepercayaan kepada saya dengan pelantikan ini dan saya berhasrat untuk melaksanakannya sebaik mungkin yang saya termampu.

“Ini adalah khidmat saya kepada negara. Sudah pasti saya ingin menyumbang dalam meningkatkan nama baik negara kita,” katanya.

Program duta pelancongan itu adalah inisiatif Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui Tourism Malaysia untuk melantik tokoh-tokoh tersohor, dikenali di peringkat antarabangsa dan mempunyai pengaruh besar dalam pelbagai bidang, sama ada menetap di luar negara atau di Malaysia, untuk mempromosikan negara dalam kalangan rakan-rakan mereka, peminat dan jaringan perhubungan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori