Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Dakwaan Najib Mengenai Melaka...

MELAKA – Dakwaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa projek...

Wujud Enakmen Kawal Agama...

KUALA LUMPUR - Siasatan yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau...

Mariah Carey Teruskan Perangai...

Siapa yang tidak kenal Mariah Carey? Penyanyi terkenal yang mempunyai perangai diva tersendiri.Dalam...

KPT Siap Siaga Hadapi...

SEPANG - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berada dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi...

Kakak Siti Nurhaliza Tamatkan Zaman Janda

KAKAK kepada Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Saida, sah bergelar isteri buat kali kedua selepas melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hati, Hafiizh Che Mat, sebentar tadi.

Memetik portal BH Online, pasangan itu dinikahkan di Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, Cheras.

saida1

Pada majlis itu, Saida atau nama lengkapnya, Siti Norsaida Tarudin, menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran RM10,000 serta tiga dulang hantaran berbalas lima kepada pihak lelaki.

Saida sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Ghazali Yahya Zikri pada 14 Disember 1996 namun berpisah pada 2011.

Hasil perkahwinan, mereka mempunyai empat cahaya mata, Siti Nurunnyssa, Anas, Khalid dan Siti Nurul Mashitah.

saida2
Saida bersama bekas suami dan anak-anak pada sambutan raya, beberapa tahun lalu.
saida3
Saida bersama anak-anak yang semakin meningkat dewasa.

Saida yang merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam itu turut menjelaskan majlis pernikahannya diadakan secara tertutup demi memenuhi permintaan keluarga dan anaknya.

“Saya sedar, perkara baik seperti mendirikan masjid ini patut dikongsi bersama orang ramai. Bagaimanapun, atas permintaan keluarga termasuk anak, majlis ini diadakan tanpa teman media.


“Banyak perasaan yang perlu kami jaga. Tambahan pula, ia perkahwinan kedua bagi saya dan suami. Sekali lagi saya dan keluarga memohon maaf di atas kesulitan ini.

“Insya-Allah, setakat ini kami selesaikan dulu majlis pernikahan. Jika diizinkan Tuhan, majlis persandingan akan diadakan kemudian,” katanya.

Saida berkenalan dengan Hafiizh, pekerja dalam bidang pengurusan acara dan produksi sejak empat tahun lalu.

Hafiizh turut mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori