Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sarawak Perlu Lebih Banyak...

KUCHING - Sarawak memerlukan lebih banyak rumah mampu milik yang murah dan selesa...

Keluar Kata Kesat, Lucah:...

KUALA LUMPUR - Seorang pengurus projek di sebuah syarikat didenda RM3,000 oleh Mahkamah...

Bekalan Air Di Pulau...

GEORGE TOWN - Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) sentiasa berada...

Tarikh Akhir Rayuan BR1M...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju melanjutkan tarikh akhir tempoh rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia...

Kalendar 2017 Presiden Rusia Amat Laris Di Jepun

TOKYO – Meskipun 2016 masih berbaki dua bulan, kalendar 2017 yang memaparkan foto Presiden Rusia, Vladimir Putin amat laris di seluruh Jepun, lapor akhbar berpengaruh, The Japan Times.

Personaliti pemimpin negara jiran itu yang agak unik menjadikan semakin ramai warga Jepun mula tertarik untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai Putin yang baharu menyambut usia 64 tahun pada 7 Oktober lalu.

Justeru kemunculan kalendar tahun depan itu yang memaparkan wajah ceria beliau di muka depan kini menjadi barangan paling ‘panas’ dicari pelanggan, menurut rangkaian francais gedung runcit terkenal tempatan Loft.

Premis berkenaan mendapat hak eksklusif penjualan kalendar tersebut sejak Ogos lalu. Jurucakap Loft, Koyumi Yokokawa berkata, kalendar itu dijual dalam dua saiz dan kini menduduki tempat ketiga barang paling laris.

Lucunya, terdapat lebih 3,500 jenis kalendar di pasar raya berkenaan termasuk di gedung utamanya di Shibuya Ward di sini namun, pelanggan tetap juga mahu membeli kalendar Putin berbanding artis popular Jepun sendiri.

Baca: Vladimir Putin Jadi ‘Model’ Kalendar 2016 Di Rusia?

putin1

putin

Kisah mengenai kalendar tokoh Rusia itu pada mulanya hanya tersebar menerusi laman sosial tempatan dengan pembeli awal berkongsi cerita berkenaan foto-foto istimewa Putin yang jarang disiarkan media antarabangsa.

Seorang pengguna Twitter dengan nama @remogura mengicau menerusi akaunnya pada bulan ini: “Saya mahu mendapatkan kalendar Putin untuk parti hari lahir saya tidak lama lagi, sungguh saya memang bersumpah!”

Trend permintaan itu dijangka meningkat sehingga hujung tahun ini apabila masyarakat lazimnya mula berpusu-pusu membeli kalendar 2017 untuk menggantikan keluaran 2016 bagi kegunaan pelbagai urusan harian mereka.

Paling unik, kalendar Putin ini dijual dalam lapan bahasa termasuk Inggeris dan Jepun. Ia diterbitkan firma Mednyi Vsadnik berpangkalan di Saint Petersburg dekat Moscow yang diberi tauliah hak eksklusif oleh kerajaan Rusia.

Lebih menarik, ia hanya dijual murah pada harga serendah 60 ruble (kira-kira RM4) di Rusia sendiri dengan cuma dicetak terhad sebanyak 200,000 naskhah. Manakala di Jepun pula, harga runcitnya ditawarkan sekitar 100 yen.


Yokokawa dalam pada itu menyatakan, kalendar yang memaparkan personaliti terkenal seperti pengasas Apple, mendiang Steve Jobs dan bekas bintang tenis tempatan, Shuzo Matsuoka antara mendapat permintaan besar.

putin2

putin2

Loft mula menjual kalendar Putin setelah menerima banyak permohonan daripada pelanggan yang begitu teruja susulan liputan luas media negara itu menjelang lawatan rasmi presiden tersebut ke Jepun pada Disember depan.

“Kami menjangka memang ada permintaan daripada pembeli tetapi tidak menjangka ia menjadi terlalu popular sehingga hampir kehabisan stok dibekalkan oleh pengeluar,” jelas wanita tersebut kepada The Japan Times.

Muka depan kalendar itu memaparkan nama penuh pemimpin tersebut, Vladimir Vladimirovich Putin dalam bahasa Rusia manakala bahagian dalam mengandungi pelbagai gambar nadir beliau termasuk sisi dirinya bertubuh sasa.

Di muka surat akhir, Putin tampil segak bercermin mata dengan meluahkan harapan menjelang kedatangan 2018. Setiap gambar untuk 12 bulan berbeza mengandungi kata nasihat dan kalendar ini turut dijual di seluruh dunia.

“Ada juga ramai pelanggan kami terutama wanita muda yang berkata, beliau memang nampak begitu hebat dan bergaya,” kata Yokokawa sebagai merujuk foto Putin memancing ikan dan aksi seni mempertahankan diri judo.

Jurucakap Loft tersebut menyatakan, penjualan kalendar sedemikian bergantung kepada permintaan pelanggan dan ia mungkin diteruskan sehingga awal tahun depan jika sambutan menggalakkan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori